Руководство Пользователя для LG LGX155
BAHASA MELAYU
Selamat datang!
Terima kasih kerana memilih LG. Sila baca panduan pengguna ini dengan teliti
sebelum menggunakan peranti buat kali pertama untuk memastikan keselamatan dan
penggunaan yang betul.
•
Sentiasa gunakan aksesori LG yang tulen. Item yang dibekalkan adalah direka
bentuk hanya untuk peranti ini dan mungkin tidak serasi dengan peranti yang lain.
•
Peranti ini tidak sesuai untuk orang yang mempunyai masalah visual disebabkan
oleh papan kekunci skrin sentuh.
•
Huraian berdasarkan pada tetapan lalai peranti.
•
Aplikasi lalai pada peranti tertakluk kepada kemas kini dan sokongan untuk
aplikasi ini mungkin ditarik balik tanpa notis lebih awal. Jika anda mempunyai
sebarang soalan tentang aplikasi yang disediakan dengan peranti, sila hubungi
Pusat Perkhidmatan LG. Untuk aplikasi yang dipasang pengguna, sila hubungi
pembekal khidmat yang berkaitan.
•
Mengubah suai sistem pengendalian peranti atau memasang perisian daripada
sumber yang tak rasmi akan merosakkan peranti dan menyebabkan kerosakan
atau kehilangan data. Tindakan sedemikian akan melanggar perjanjian lesen LG
dan membatalkan waranti anda.
•
Sesetengah kandungan dan ilustrasi mungkin berbeza daripada peranti anda
bergantung pada wilayah, pembekal khidmat, versi perisian atau versi OS dan
tertakluk kepada perubahan tanpa notis lebih awal.