Инструкции Пользователя для LG P990 Optimus 2X

Скачать
Страница из 353
5
Sila baca garis panduan yang mudah ini.
Tidak mengikut garis panduan ini mungkin
merbahaya atau tidak sah.
Pendedahan kepada tenaga 
frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang
radio dan Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-P990
telah direka bentuk untuk mematuhi
keperluan keselamatan yang dikenakan
bagi pendedahan pada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berdasarkan garis
panduan saintifik yang termasuk margin
keselamatan yang direka bentuk untuk
memastikan keselamatan semua orang
tanpa mengira umur dan kesihatan.
Garis panduan bagi pendedahan kepada
gelombang radio menggunakan unit
ukuran yang disebut sebagai Kadar
Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian
bagi SAR dijalankan menggunakan
kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa
diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
Walaupun terdapat perbezaan antara
tahap SAR pelbagai model telefon LG,
semuanya direka bentuk untuk memenuhi
garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya
mengenai Perlindungan Sinaran Bukan
Pengion Antarabangsa (International
Commission on Non-Ionizing Radiation
Protection) (ICNIRP) ialah 2W/kg
dipuratakan ke atas 10g tisu.
Nilai SAR yang tertinggi untuk model ini
yang diuji oleh DASY4 untuk penggunaan
telinga ialah 0.545 W/kg (10g) dan apabila
dipakai pada badan ialah 0.897 W/Kg
(10g).
Peranti ini memenuhi garis panduan
pendedahan RF apabila digunakan sama
ada dalam kedudukan penggunaan normal
pada telinga atau apabila diletakkan pada
jarak sekurang-kurangnya 1.5 cm dari
badan. Apabila bekas pembawa, klip tali
pinggang atau pemegang digunakan untuk
pengendalian pemakaian pada badan,
ia tidak sepatutnya mengandungi logam
dan perlu meletakkan produk pada jarak
sekurang-kurangnya 1.5 cm dari badan
anda. Untuk memindahkan data fail dan
mesej, peranti ini memerlukan sambungan
berkualiti pada rangkaian. Dalam
beberapa kes, pemindahan fail data atau
mesej mungkin ditangguhkan sehingga
sambungan tersebut tersedia. Pastikan
arahan jarak pemisahan diikuti sehingga
pemindahan selesai.
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien