Инструкции Пользователя для LG P990 Optimus 2X

Скачать
Страница из 353
30
Menyambung kepada Rangkaian dan Peranti
Wi-Fi
Dengan Wi-Fi, anda boleh menggunakan
akses Internet kelajuan tinggi dalam liputan
titik akses wayarles (AP). Nikmati Internet
wayarles menggunakan Wi-Fi, tanpa caj
tambahan.
Menyambung ke rangkaian Wi-Fi
Untuk menggunakan Wi-Fi pada telefon
anda, anda perlu mengakses titik akses
wayarles atau ‘hotspot’. Sesetengah pusat
akses adalah terbuka dan anda hanya
perlu menyambung padanya. Yang lain
adalah tersembunyi atau menggunakan
ciri keselamatan, jadi anda hendaklah
mengkonfigurasi telefon anda agar dapat
menyambung kepadanya.
Matikan Wi-Fi apabila anda tidak
menggunakannya, untuk melanjutkan hayat
bateri anda.
NOTA: Jika anda di luar zon Wi-Fi atau
anda menetapkan Wi-Fi kepada
 OFF, caj
tambahan akan dikenakan oleh operator
mudah alih anda bagi penggunaan data
mudah alih.
Menghidupkan Wi-Fi dan menyambung 
kepada rangkaian Wi-Fi
1  
Sentuh
>
Tetapan sistem > Wi-Fi
pada tab WAYARLES & RANGKAIAN.
2  
Tetapkan
Wi-Fi kepada ON untuk
hidupkannya dan mula mengimbas untuk
rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
3  
Ketik menu Wi-Fi sekali lagi untuk melihat
senarai rangkaian Wi-Fi yang aktif dan di
dalam lingkungan.
Rangkaian selamat ditandakan oleh
ikon kunci.
4  
Sentuh rangkaian untuk menyambung
padanya.
Jika rangkaian itu terbuka, anda akan
digesa untuk mengesahkan bahawa
anda hendak menyambung kepada
rangkaian tersebut dengan menyentuh
Sambung.
Jika rangkaian selamat, anda digesa
untuk memasukkan kata laluan atau
kelayakan lain. (Tanyakan pentadbir
rangkaian anda untuk mendapatkan
butiran.)
5  
Bar status memaparkan ikon yang
menunjukkan status Wi-Fi.
Bluetooth
Anda boleh menggunakan Bluetooth untuk
menghantar data dengan menjalankan
aplikasi berpadanan, bukan daripada menu
Bluetooth seperti mana kebanyakan telefon
mudah alih yang lain.