Инструкции Пользователя для LG P990 Optimus 2X

Скачать
Страница из 353
35
NOTA:
DMS (Pelayan Media Digital)
membolehkan anda berkongsi fail
kandungan pada telefon anda dengan
peranti lain yang bersambung dengan
rangkaian yang sama. Dengan fungsi
DMC (Pengawal Media Digital) anda
boleh melihat dan mengawal (main
balik/henti) fail kandungan pada
peranti digital yang lain. Anda juga
boleh memainkan pada telefon anda
fail kandungan yang disimpan dalam
peranti lain menggunakan DMP
(Pemain Media Digital).
Anda hanya boleh memainkan fail
kandungan dalam format yang
disokong oleh DMR. Sesetengah
fail kandungan mungkin tidak dapat
dimainkan bergantung kepada DMR.
Fungsi muat naik atau muat turun
mungkin tidak disokong bergantung
kepada DMS.
Sambungan PC dengan kabel 
data PC
Ketahui cara untuk menyambungkan
peranti anda ke PC dengan kabel data
PC dalam mod sambungan USB. Dengan
menyambungkan peranti ini ke PC, anda
boleh memindahkan data secara langsung
ke dan dari peranti anda dan menggunakan
program perisian PC (LG PC Suite).
Segerakkan telefon anda dengan 
komputer anda
Untuk menyegerakkan telefon dengan PC
anda menggunakan kabel USB, anda perlu
memasang perisian PC (LG PC Suite) pada
PC anda. Muat turun program dari laman
web LG (www.lg.com).
1  
Gunakan kabel data USB untuk
menyambung telefon anda kepada PC.
Senarai jenis sambungan USB akan
muncul, lalu pilih perisian LG.
2  
Jalankan program LG PC Suite pada PC
anda. Rujuk kepada bantuan perisian
PC (LG PC Suite) untuk mendapatkan
maklumat lanjut.
NOTA: Pemacu USB bersepadu LG
diperlukan untuk menyambungkan
peranti LG ke PC. Ia dipasang secara
automatik apabila anda memasang
perisian LG PC Suite.