Инструкции Пользователя для LG P990 Optimus 2X

Скачать
Страница из 353
55
Simpan fail muzik atau video dari 
PC ke simpanan boleh tanggal 
pada telefon
Anda boleh menyalin atau mengalihkan
fail daripada PC kepada simpanan boleh
tanggal pada telefon menggunakan
pembaca kad.
Jika terdapat fail video dengan fail sari
kata (fail .smi dengan nama yang sama
dengan fail video), letakkannya dalam
folder yang sama agar sari kata dapat
dipaparkan secara automatik semasa fail
video dimainkan.
Semasa memuat turun fail muzik atau
video, hak cipta hendaklah dilindungi. Sila
ambil perhatian bahawa fail yang tercemar
atau fail dengan sambungan yang salah
mungkin akan menyebabkan kerosakan
pada telefon.
Cara memainkan fail video di 
telefon
Memainkan fail video
Cari fail yang anda inginkan dalam Galeri
dan ketik untuk memainkannya.
Memainkan lagu
1  
Dari Skrin utama, ketik
Kekunci Apl
dan ketik
Pemain Muzik.
2  
Ketik tab
Lagu.
3  
Ketik lagu yang anda mahu mainkan.
4  
Ketik untuk menjeda lagu.
5  
Ketik untuk melangkau ke lagu
seterusnya.
6  
Ketik
untuk kembali ke permulaan
lagu. Ketik dua kali untuk kembali
kepada lagu sebelumnya.
Untuk menukar volum semasa mendengar
muzik, tekan kekunci Volum ke atas dan
bawah pada sebelah kanan telefon.
Untuk memaparkan pilihan untuk lagu,
sentuh dan tahan sebarang lagu dalam
senarai. Anda juga akan lihat pilihan berikut:
Main, Tambah pada senarai main, 
Gunakan sebagai nada dering, Padam, 
Kongsi, Cari dan Butiran.
Menggunakan Senarai Main
Anda boleh membuat senarai main untuk
mengatur fail muzik anda ke dalam set lagu,
yang anda boleh mainkan dalam turutan
yang anda tetapkan atau dalam kocokan.
Membuat senarai main
1  
Semasa melihat pustaka ketik panjang
mana-mana lagu.
2  
Ketik
Tambah pada senarai main.
3  
Ketik
Senarai main baru.
4  
Masukkan tajuk untuk senarai main baru
anda dan pilih
OK.