Справочник Пользователя для ASUS DSL-AC52U

Скачать
Страница из 128
10
1.5  Keperluan Penyediaan
Untuk menyediakan rangkaian anda, anda perlukan satu atau dua 
komputer yang memenuhi keperluan sistem yang berikut:
•  Port Ethernet RJ-45 (LAN)(10Base-T/100Base-TX/1000Base-
TX)
•  Keupayaan wayarles IEEE 802.11a/b/g/n/ac
•  Perkhidmatan TCP/IP yang terpasang
•  Penyemak imbas Web seperti Microsoft Internet Explorer,
Firefox, Safari, atau Google Chrome
NOTA: 
•  Jika komputer tidak mempunyai keupayaan wayarles terbina dalam,
pasang penyesuai IEEE 802.11a/b/g/n/ac WLAN pada komputer anda 
untuk menyambung kepada rangkaian.
•  Dengan teknologi dwi jalur, penghala wayarles anda menyokong
isyarat wayarles 2.4GHz dan 5 GHz secara serentak. Ini membenarkan 
anda untuk melakukan aktiviti berkaitan Internet seperti melayari 
Interet atau membaca/menulis mesej e-mel menggunakan jalur 
2.4GHz sementara secara serentak strim fail audio/video berdefinisi 
tinggi seperti filam atau muzik menggunakan jalur 5GHz.
•  Jika anda hanya menggunakan satu komputer dengan penyesuai
WLAN jalur tunggal IEEE 802.11a/ b/g/n/ac, anda akan hanya dapat 
menggunakan jalur 2.4GHz.
•  Jika anda hanya menggunakan satu komputer dengan penyesuai
WLAN jalur dual IEEE 802.11a/ b/g/n/ac, anda akan dapat 
menggunakan jalur 2.4GHz atau 5GHz.
•  Jika anda menggunakan dua komputer dengan kedua-dua
penyesuai WLAN IEEE 802.11a/b/g/n/ac, anda dapat menggunakan 
jalur 2.4GHz dan 5GHz secara serentak
•  Kabel Ethernet RJ-45 yang digunakan untuk menyambungkan 
peranti rangkaian tidak boleh melebihi 100 meter.