Справочник Пользователя для ASUS DSL-AC52U

Скачать
Страница из 128
69
4.3.5 DMZ
DMZ Maya mendedahkan satu klien ke Internet, membolehkan 
klien ini menerima semua paket masuk diarahkan ke Rangkaian 
Kawasan Setempat. 
Trafik masuk dari Internet biasanya dibuang dan dihalakan ke 
klien tertentu hanya jika pemajuan port atau picu port telah 
dikonfigurasikan pada rangkaian. Dalam konfigurasi DMZ, satu 
klien rangkaian menerima semua paket masuk. 
Meyediakan DMZ pada rangkaian adalah berguna bila anda 
memerlukan port masuk terbuka atau anda ingin mengehos 
domain, web, atau pelayan e-mel.
Perhatian:  Membuka semua port pada klien ke Internet menjadikan 
ragkaian rentan kepada serangan luar. Sila berjaga-jaga akan risiko 
keselamatan yang terlibat dalam menggunakan DMZ.
Untuk menyediakan DMZ:
1.  Daripada panel navigasi, pergi ke tab Advanced Settings 
(Tetapan Lanjutan) > WAN > DMZ.
2.  Konfigurasi tetapan di bawah. Apabila selesai, klik Apply 
(Guna).
•    Alamat IP bagi Stesen Terdedah:  Masukkan alamat IP 
LAN klien yang akan menyediakan perkhidmatan DMZ dan 
terdedah pada Internet. Pastikan klienn pelayan mempunyai 
alamat IP statik.