Справочник Пользователя для ASUS ASUS ZenWatch 2 ‏(WI501Q)‏

Скачать
Страница из 58
48
E-Manual ASUS ZenWatch
AWAS: 
Sebarang perubahan atau pengubahsuaian tidak diluluskan dengan 
jelas oleh penerima peranti ini boleh membatalkan kuasa pengguna 
untuk mengendalikan peralatan.
Pemancar ini mestilah tidak diletakkan bersama atau dikendalikan 
bersama dengan mana-mana antena atau pemancar lain. 
Pernyataan Campur Tangan Suruhanjaya 
Komunikasi Persekutuan
Peranti ini mematuhi Bahagian 15 Peraturan FCC. Operasi tertakluk 
pada dua keadaan berikut: (1) peranti ini tidak boleh menyebabkan 
gangguan berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang 
gangguan yang diterima termasuk gangguan yang boleh 
menyebabkan pengendalian yang tidak dikehendaki.
Peralatan ini telah diuji dan didapati mematuhi had untuk peranti 
digital Kelas B, menurut bahagian 15 Peraturan FCC. Had ini direka 
untuk memberi perlindungan yang wajar terhadap gangguan 
berbahaya dalam pemasangan di kawasan kejiranan. Peralatan 
ini menjana, menggunakan dan boleh meradiasi tenaga frekuensi 
radio dan, jika tidak dipasang dan digunakan sejajar dengan 
arahan pengeluar, boleh menyebabkan gangguan berbahaya 
pada komunikasi radio. Walau bagaimanapun, tiada jaminan 
bahawa gangguan tidak akan berlaku dalam pemasangan tertentu. 
Jika peralatan ini menyebabkan gangguan berbahaya kepada 
penerimaan radio atau televisyen, yang boleh ditentukan dengan 
mematikan dan menghidupkan peralatan, pengguna digalakkan 
untuk cuba membetulkan gangguan dengan satu atau lebih 
daripada langkah berikut:
Orientasikan semula atau menempatkan semula antena
penerima.
Tingkatkan pemisahan antara peralatan dan penerima.
Sambung peralatan ke dalam salur keluar pada litar yang
berlainan daripada di mana penerima disambungkan.
Berunding dengan wakil penjual atau hubungi juruteknik
berpengalaman bagi radio/TV untuk mendapatkan bantuan.