Справочник Пользователя для ASUS ASUS VivoWatch

Скачать
Страница из 46
21
E-Manual ASUS VivoWatch
Nadi
Skrin ini menunjukkan kadar denyutan jantung semasa anda. 
Pengesan pada ASUS VivoWatch anda menentukan kadar denyutan 
jantung semasa anda secara automatik. 
ASUS VivoWatch anda menggunakan pantulan cahaya pengesan 
menerusi kulit untuk memilih denyutan jantung anda. Cara anda 
memakai jam anda adalah penting kerana ia boleh menjejaskan 
prestasi pengesan kadar denyutan jantung.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat:
1.  Pakai ASUS VivoWatch dengan cara yang biasa dengan muka 
jam menghadap ke atas, bahagian bawah ASUS VivoWatch 
menyentuh kulit anda dan ASUS VivoWatch jauh daripada 
tulang pergelangan tangan anda. 
2.  Pakai ASUS VivoWatch anda dengan cara yang selesa. Jangan 
ikat ASUS VivoWatch terlalu ketat pada pergelangan tangan 
anda.
3.  Anda boleh mendapatkan hasil yang paling tepat daripada 
monitor kadar denyutan jantung apabila anda memanaskan 
badan.
AMARAN! 
•  Ketepatan pengesan kadar denyutan jantung mungkin berbeza
bergantung pada keadaan dan persekitaran pengukuran. Jika 
pengesan kadar denyutan jantung kotor, bersihkan pengesan 
dan cuba lagi.
•  Jangan lihat secara terus ke dalam pengesan kadar denyutan
jantung, cahaya pengesan boleh menjejaskan penglihatan anda. 
•  Sila pastikan anak-anak tidak melihat secara terus ke cahaya.