LG G4 s 用户指南

下载
页码 286
81
Tetapan 
Penjimatan bateri & kuasa
Penggunaan bateri – Lihat penggunaan bateri.
Peratusan bateri pada bar status – Tanda semak untuk memaparkan peratusan 
tahap bateri pada Bar Status di sebelah ikon bateri.
Jimat Kuasa – Ketik suis Penjimat Bateri untuk menogol sama ada hidup atau 
mati. Tetapkan tahap peratusan cas bateri yang menghidupkan Penjimat Bateri 
secara automatik. Pilih dari 
Segera, 5% bateri dan 15% bateri.
Bantuan – Paparkan maklumat item penjimatan bateri.
Apl 
Membolehkan anda melihat butiran mengenai aplikasi yang dipasang di telefon anda, 
mengurus data dan memaksanya berhenti. 
Aplikasi mesej lalai
Menu ini membolehkan anda untuk memilih aplikasi pemesejan yang digunakan 
sebagai aplikasi pemesejan lalai anda.
Sokongan & set semula
Tukar tetapan untuk menguruskan tetapan dan data anda.
LG Backup – Sandarkan semua maklumat pada peranti dan memulihkannya 
sekiranya berlaku kehilangan data atau penggantian.
Sandarkan data saya – Sandarkan data aplikasi, kata laluan Wi-Fi dan tetapan 
lain pada pelayan Google.
Akaun sandaran – Paparkan akaun yang sedang digunakan untuk menyandarkan 
maklumat.
Simpan semula automatik – Apabila memasang semula aplikasi, memulihkan 
tetapan dan data sandaran.
Menetapkan semula data kilang - Tetapkan semula tetapan anda kepada nilai 
lalai kilang dan padamkan semua data anda. Jika anda tetapkan semula telefon 
dengan cara ini, anda akan digesa untuk memasukkan semula maklumat yang 
sama sebagaimana ketika anda memulakan Android buat kali pertama. 
Mengenai telefon
Lihat maklumat undang-undang, memeriksa status telefon dan versi perisian, dan 
melakukan kemas kini perisian.