LG LGX155 用户指南

下载
页码 230
61
60
Tetapan
anda akan ditanya sama ada anda setuju untuk membolehkan Google menggunakan 
lokasi anda semasa memberikan perkhidmatan ini.
Mod: Tetapkan cara maklumat lokasi semasa anda ditentukan.
Sejarah Lokasi Google: Membolehkan anda memilih tetapan maklumat lokasi 
anda seperti yang diakses oleh Google dan produknya.
Keselamatan
Gunakan menu Keselamatan untuk mengkonfigurasi cara membantu menyelamatkan 
telefon anda dan datanya.
Kunci skrin: Tetapkan jenis kunci skrin untuk menjamin keselamatan telefon 
anda. Membuka beberapa skrin yang membantu anda melalui lukisan corak 
buka kunci skrin. Jika anda mendayakan jenis kunci Corak semasa anda 
menghidupkan telefon anda atau membangunkan skrin, anda akan diminta untuk 
melukis corak buka kunci anda untuk membuka kunci skrin.
Maklumat pemilik: Membolehkan anda memaparkan maklumat pemilik pada 
skrin kunci jika telefon hilang.
Smart Lock: Ditetapkan untuk memastikan telefon anda dibuka kunci dengan 
peranti atau tempat yang dipercayai.
NOTA 
Nama tetapan ini mungkin Kesan corak jika Kunci skrin ditetapkan kepada 
Corak.
Sulitkan telefon: Membolehkan anda menyulitkan data pada telefon untuk 
keselamatan. Anda akan diminta memasukkan PIN atau kata laluan untuk 
menyahsulit telefon anda setiap kali anda menghidupkannya.
Sediakan kunci kad SIM: Tetapkan PIN untuk mengunci kad SIM anda dan 
membolehkan anda menukar PIN.
Perlihatkan kata laluan: Tanda semak untuk menunjukkan secara ringkas setiap 
aksara kata laluan apabila anda memasukkannya supaya anda dapat melihat apa 
yang anda masukkan.
Pentadbir peranti: Lihat atau nyahaktifkan pentadbir telefon.
Sumber tidak diketahui: Membolehkan pemasangan aplikasi bukan Play Store.