LG LGX155 用户指南

下载
页码 230
64
Tetapan
Butang kuasa menamatkan panggilan: Tanda semak bagi membolehkan anda 
menamatkan panggilan suara dengan menekan Kekunci Kuasa/Kunci.
Skrin auto putar: Tanda semak untuk membolehkan telefon memutarkan skrin 
bergantung pada orientasi telefon fizikal (potret atau landskap).
Tuturkan kata laluan: Tanda semak untuk membolehkan pengesahan suara 
bagi aksara apabila memasukkan kata laluan. 
Pintasan kebolehcapaian: Membolehkan anda mendayakan ciri kebolehcapaian 
dengan cepat.
Output teks kepada pertuturan: Menetapkan enjin pertuturan dan kadar 
pertuturan yang diutamakan. 
Kelewatan sentuh & tahan: Membolehkan anda menetapkan tunda sentuh & 
tahan.
Penyongsangan warna: Membolehkan untuk menterbalikkan warna skrin dan 
kandungan.
Pembetulan warna: Membolehkan anda membetulkan warna skrin dan 
kandungan.
Pencetakan
Cetakan Awan: Ketik untuk mencari pencetak. Ketik suis Cetakan Awan di sudut 
kanan atas skrin untuk menogol sama ada 
Dihidupkan atau Dimatikan.
Mengenai telefon
Lihat maklumat undang-undang, memeriksa status telefon dan versi perisian, dan 
melakukan kemas kini perisian.
Kemas kini perisian Telefon Mudah Alih LG melalui teknologi Over-the-Air 
(OTA)
Ciri ini membolehkan anda mengemas kini perisian telefon anda kepada versi lebih 
baru dengan mudah melalui OTA, tanpa menyambung menggunakan kabel data USB. 
Ciri ini tersedia hanya jika dan apabila LG membuat versi lebih baru peralatan tegar 
yang tersedia bagi peranti anda.
Anda hendaklah terlebih dahulu menyemak versi perisian pada telefon mudah alih 
anda: 
Tetapan > Mengenai telefon > Kemas kini sistem.