LG LGX155 用户指南

下载
页码 230
11
10
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri sepenuhnya sebelum mengecasnya semula. 
Tidak seperti sistem bateri lain, tiada kesan memori yang boleh menjejaskan 
prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas LG. Pengecas LG direka bentuk untuk 
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar pintaskan bateri.
Pastikan sentuhan logam bateri bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi prestasi yang boleh diterima. Pek bateri 
mungkin dicas beratus kali sehingga ia perlu digantikan.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan buat tempoh masa yang lama untuk 
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas bateri kepada cahaya matahari langsung atau 
gunakannya pada kelembapan yang tinggi, seperti di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat yang panas atau sejuk, ini mungkin menjejaskan 
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri digantikan dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah digunakan mengikut arahan pengilang. Sila kitar 
semula yang mana mungkin. Jangan lupuskan sebagai sampah rumah yang 
biasa.
Jika anda hendak mengganti bateri, bawa ia ke pusat servis LG Electronics atau 
wakil penjual yang disahkan untuk mendapatkan bantuan.Tanggalkan pengecas 
dari soket dinding selepas telefon dicas sepenuhnya untuk menjimatkan kuasa 
pengecas daripada penggunaan yang tidak perlu.
Hayat sebenar bateri bergantung kepada konfigurasi rangkaian, tetapan produk, 
corak penggunaan, dan keadaan bateri dan persekitaran.
Pastikan tiada item berbucu tajam seperti kuku atau gigi haiwan, bersentuhan 
dengan bateri. Ini akan menyebabkan kebakaran.