LG LGX155 用户指南
49
48
Kamera dan Video
Galeri
Aplikasi Galeri memaparkan gambar dan video dalam storan anda, termasuklah yang
anda telah tangkap dengan aplikasi Kamera dan yang anda telah muat turun daripada
web atau lokasi lain.
1
Ketik > >
untuk melihat imej yang disimpan dalam storan.
2
Ketik album untuk membukanya dan melihat kandungannya. (Gambar dan video
dalam album dipaparkan mengikut susunan kronologi.)
3
Ketik gambar dalam album untuk melihatnya.
NOTA
•
Bergantung pada perisian yang dipasangkan, sesetengah format fail
mungkin tidak disokong.
•
Sesetengah fail mungkin tidak dimainkan dengan betul kerana
pengekodannya.
Melihat gambar
Galeri memaparkan gambar anda di dalam folder. Apabila aplikasi, seperti E-mel,
menyimpan gambar, folder muat turun akan dicipta secara automatik untuk
menyimpan gambar ini. Begitu juga, menangkap tangkap layar dengan automatik akan
mencipta folder Tangkap Layar.
Gambar dipaparkan mengikut tarikh ia dicipta. Pilih gambar yang hendak dilihat dalam
Gambar dipaparkan mengikut tarikh ia dicipta. Pilih gambar yang hendak dilihat dalam
skrin penuh. Tatal ke kiri atau kanan untuk melihat imej seterusnya atau sebelumnya.
Mengezum masuk dan keluar
Gunakan salah satu kaedah berikut untuk zoom masuk dan keluar imej:
•
Ketik dua kali di mana-mana untuk zoom masuk.
•
Buka dua jari di mana-mana tempat di gambar untuk zoom masuk. Picit atau
dwiketik imej untuk zoom keluar.