LG LG Optimus L2 (E405) 用户手册

下载
页码 384
10
Jangan tanggalkan pemasangan unit ini. 
Bawa ia kepada juruteknik servis yang 
layak jika kerja pembaikan diperlukan.
Pembaikan di bawah waranti, mengikut 
budi bicara LG, mungkin termasuk 
penggantian bahagian atau papan yang 
sama ada baru atau yang diperbaiki, 
asalkan kefungsiannya sebanding dengan 
bahagian yang diganti.
Jauhkan dari perkakas elektrik seperti TV, 
radio, dan komputer peribadi.
Unit ini hendaklah dijauhkan daripada 
sumber haba seperti radiator atau dapur.
Jangan jatuhkan telefon.
Jangan biarkan unit ini terdedah kepada 
getaran mekanikal atau kejutan.
Matikan telefon di tempat larangan telefon 
mudah alih. Contohnya, jangan gunakan 
telefon di hospital kerana ia mungkin 
mengganggu peralatan hospital yang 
sensitif.
Jangan kendalikan telefon dengan tangan 
yang basah semasa telefon sedang dicas. 
Ia boleh menyebabkan terjadinya renjatan 
elektrik dan telefon mungkin akan rosak 
teruk.

Garis panduan untuk penggunaan yang selamat dan cekap