LG LG Optimus L2 (E405) 用户手册

下载
页码 384
17
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin tidak 
tersedia di bawah semua rangkaian 
mudah alih. Oleh itu, anda hendaklah tidak 
bergantung semata-mata pada telefon ini 
untuk panggilan kecemasan. Semak dengan 
pembekal khidmat tempatan anda.
Maklumat dan penjagaan bateri
Anda tidak perlu menyahcas bateri 
sepenuhnya sebelum mengecasnya 
semula. Tidak seperti sistem bateri yang 
lain, tiada kesan memori yang boleh 
menjejaskan prestasi bateri.
Gunakan hanya bateri dan pengecas 
LG. Pengecas LG direka bentuk untuk 
memaksimumkan hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau litar 
pintaskan pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada pek bateri 
sentiasa bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi memberi 
prestasi yang boleh diterima. Pek bateri 
boleh dicas semula beratus-ratus kali 
sebelum ia perlu diganti.
Cas semula bateri jika ia tidak digunakan 
buat tempoh masa yang lama untuk 
memaksimumkan kebolehgunaan.