LG F70 - LG D315 用户手册

下载
页码 330
29
NOTA:
• 
Untuk memilih item, ketik bahagian tengah ikon.
• 
Jangan tekan terlalu kuat; skrin sentuh cukup sensitif untuk mengesan 
ketikan yang ringan tetapi kukuh.
• 
Gunakan hujung jari anda untuk mengetik pilihan yang anda kehendaki. 
Berhati-hati supaya tidak mengetik kekunci lain.
Skrin utama
Hanya leretkan jari anda ke kiri atau kanan untuk melihat panel skrin Utama. Anda boleh 
suaikan setiap panel dengan aplikasi pramuat atau yang dimuat turun, widget dan kertas 
dinding.
Bar status
Menunjukkan maklumat status telefon termasuk masa, 
kekuatan isyarat, status bateri dan ikon pemberitahuan.
Widget
Widget ialah aplikasi kendiri yang boleh diakses melalui 
skrin Aplikasi atau pada skrin Utama atau skrin utama 
yang dilanjutkan. Tidak seperti pintasan, Widget 
dipaparkan sebagai aplikasi atas skrin.
Ikon Aplikasi
Ketik ikon (aplikasi, folder, dll.) untuk membuka dan 
menggunakannya.
Penunjuk Lokasi
Menunjukkan kanvas skrin Utama yang anda lihat.
Kawasan Kekunci Pantas
Menyediakan akses satu sentuhan pada fungsi dalam 
mana-mana kanvas skrin utama.