ASUS DSL-AC52U 用户手册

下载
页码 128
100
6  Menyelesai Masalah
Bab ini memberikan penyelesaian untuk isu yang anda mungkin 
hadapi dengan penghala anda. Jika anda menghadapi masalah 
yang tidak disebut dalam bab ini, lawati tapak sokongan ASUS di:  
http://support.asus.com/ untuk maklumat produk lanjut dan 
butiran untuk dihubungi Sokongan Teknikal ASUS.
6.1  Penyelesaian Masalah Asas
Jika anda mengalami masalah dengan penghala anda, cuba 
langkah asas dalam bahagian ini sebelum mencari penyelesaian 
lanjut.
Naik taraf Perisian Tegar ke versi terkini.
1.  Lancarkan Web GUI. Pergi ke tab Advanced Settings (Tetapan 
Lanjutan) > Administration (Pentadbiran) > Firmware 
Upgrade (Naik Taraf Perisian Tegar). Klik Check (Periksa) 
untuk mengesahkan jika perisian tegar terkini tersedia. 
2.  Jika perisian tegar tersedia, lawati tapak web global ASUS 
di http://www.asus.com/Networks/Wireless_Routers/
RTAC52U/#download untuk memuat turun perisian tegar 
terkini. 
3.  Daripada halaman Firmware Upgrade (Naik Taraf Perisian 
Tegar), klik Browse (Imbas) untuk mencari fail perisian tegar.  
4. Klik Upload (Muat Naik) untuk menaik taraf perisian tegar.