Philips InfraCare infrared lamp HP3631 HP3631/01 User Manual

Product codes
HP3631/01
Page of 84
41
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya 
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome. 
Dengan InfraCare, anda boleh merawat masalah otot dan sendi, dan meredakan kesakitan pada otot 
dan sendi dengan selesa di rumah. Sama seperti matahari, perkakas ini memancarkan cahaya 
inframerah. Penuras khasnya hanya menyalurkan jenis cahaya yang diperlukan untuk mencapai kesan 
terapeutik yang dikehendaki. InfraCare juga dapat digunakan untuk bersantai atau persediaan untuk 
urutan.
Perihalan umum (gamb. 1)
A
  Petak bateri 
B
  Pemasa 
C
  Bingkai lampu dengan sesiku boleh laras
D
  Kipas
E
  Tapak
F
  Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
G
  Penuras 
H
  Lampu halogen inframerah
I
  Gegenggam
Penting
am
 - Simbol pada InfraCare mempunyai maksud berikut:
1  Simbol ini membari amaran kepada anda mengenai permukaan yang panas (Gamb. 2).
2  Simbol ini menunjukkan bahawa anda perlu membaca manual pengguna ini dengan berhati-hati 
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan manual pengguna untuk rujukan masa 
hadapan (Gamb. 3).
3  Simbol ini menunjukkan bahawa perkakas ini didwitebatkan (Kelas II) (Gamb. 4).
 - Perkakas ini memenuhi keperluan Arahan Alat Perubatan MDD93/42/EEC.
Bahaya
 - Air dan eletrik adalah kombinasi yang berbahaya! Jangan gunakan perkakas ini di dalam 
persekitaran yang basah (contohnya di dalam bilik air atau berhampiran dengan pancuran atau 
kolam mandi).
 - Jangan benarkan air memasuki perkakas atau tumpahkan air ke atas perkakas.
amaran:
 - Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa 
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
 - Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips 
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
 - Jangan tinggalkan perkakas tanpa pengawasan semasa ia dihidupkan.
 - Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk kegunaan oleh orang yang kurang upaya dari segi fizikal, 
deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau 
diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas 
keselamatan mereka.
 - Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunkan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak hendaklah 
diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
 - Perkakas ini dimaksudkan untuk rawatan kesakitan pada otot dan sendi, dan kekejangan pada 
otot dan sendi, dan bukannya untuk rawatan kesakitan pada abdomen, muka dan jenis kesakitan 
yang lain.
BaHasa MElayu