Philips InfraCare infrared lamp HP3631 HP3631/01 User Manual

Product codes
HP3631/01
Page of 84
Medan Elektro Magnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). 
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat 
untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.
Menggunakan perkakas
Kesan infracare
InfraCare memancarkan cahaya inframerah, yang menembusi jauh ke dalam kulit dan menghangatkan 
tisu. Kehangatan memodulatkan isyarat neuron ke otak dan dengan itu mengurangkan kesakitan. 
Kehangatan juga merangsang peredaran darah dan mengembangkan pembuluh darah, yang akan 
melajukan penghantaran bahan yang perlu untuk membina semula dan menyuburkan tisu badan. 
Tambahan lagi, cahaya inframerah mempercepatkan proses metabolisme dan pengeluaran bahan 
buangan daripada badan. Oleh kerana ia menjadikan tisu mudah dilenturkan, kehangatan juga 
mengurangkan kekejangan dan menjadikan sendi lebih mudah lentur. 
Disebabkan kesan-kesan ini, rawatan dengan InfraCare boleh melegakan sementara kesakitan akibat 
masalah otot dan sendi. 
Nota: Sila baca bahagian ‘Amaran’ dalam bab ‘Penting’ dan ikuti arahan yang tertera di sana 
sebelum anda menggunakan perkakas.
aplikasi
aplikasi terapeutik
InfraCare adalah perkakas terapi kehangatan setempat. Kemungkinan penggunaan terapi:
 - Rawatan untuk sakit otot yang sekali-sekala atau kronik, otot kejang dan sendi kejang.
 - Rawatan untuk sakit bahagian bawah belakang.
Penggunaan lain
Anda juga boleh menggunakan InfraCare untuk tujuan-tujuan berikut:
 - Pengenduran otot
 - Persediaan untuk mengurut
Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai manfaat kesihatan, sila lihat kata carian 
InfraCare di www.philips.com (Gamb. 5).
Bersedia untuk menggunakannya
 1 
 Bukakan kord sesalur utama sepenuhnya.
 2 
 Letakkan perkakas di atas permukaan yang stabil dan rata serta pastikan bahawa terdapat 
sekurang-kurangnya 25sm ruang kosong di sekelilingnya untuk mengelakkan daripada 
pemanasan melampau (Gamb. 6).
Perkakas boleh digunakan dengan pelbagai cara yang berlainan. Di bawah adalah beberapa contoh.
 - Untuk merawat sengal bahu, sengal leher atau bahagian atas belakang anda, letakkan perkakas di 
atas meja dan condongkan bingkai lampu ke belakang. Duduk di atas kerusi atau bangku dengan 
membelakangkan lampu (Gamb. 7).
 - Untuk merawat sakit bahagian bawah belakang, letakkan perkakas di atas meja di sebelah kerusi. 
Duduk di atas kerusi atau bangku dengan belakang anda menghadap ke arah lampu (Gamb. 8).
 - Untuk merawat sengal siku, letakkan perkakas di atas meja dan duduk disebelahnya  (Gamb. 9).
 - Untuk merawat lutut yang sakit, letakkan perkakas di atas meja di sebelah katil dan baring di atas 
katil dengan sebelah kaki ditarik ke atas ke arah lampu (Gamb. 10).
 3 
 Untuk melaraskan arah pancaran cahaya,  condongkan bingkai lampu ke hadapan atau ke 
belakang (Gamb. 11).
 4 
 Duduk atau baring pada jarak yang sesuai dari perkakas.
BaHasa MElayu
43