LG V490 Owner's Manual

Page of 326
31
Sapu atau lungsur
Untuk menyapu atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari anda merentasi 
permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda menyentuhnya 
(maka, anda tidak menyeret item). Contohnya, anda boleh meluncur skrin 
ke atas atau ke bawah untuk menatal melalui beberapa kanvas skrin Utama 
berbeza dengan meleret dari kiri ke kanan (dan sebaliknya).
Ketik dua kali
Ketik dua kali untuk zum pada halaman web atau peta. Anda juga boleh 
mengetik dua kali untuk zum masuk dan keluar selepas melihat gambar 
dan semasa menggunakan Peta. Ketik dua kali juga boleh mengaktifkan ciri 
KnockON bagi menghidupkan atau mematikan skrin sentuh.
Cubit-untuk-Zum
Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan mencubit atau 
mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan 
penyemak imbas, Peta atau semasa menyemak imbas gambar.
Putar skrin
Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan mengikut 
orientasi fizikal peranti.
Skrin utama
Hanya seret jari anda ke kiri atau kanan untuk melihat panel. Anda boleh 
suaikan setiap panel dengan aplikasi, muat turun, widget dan kertas dinding.