LG V490 Owner's Manual

Page of 326
32
Kekunci Pantas tersedia di bahagian bawah skrin Utama dan memberikan 
capaian mudah satu sentuhan kepada fungsi yang paling kerap anda 
gunakan.
Bar Status – Menunjukkan maklumat status peranti 
termasuk masa, kekuatan isyarat Wi-Fi, status bateri 
dan ikon pemberitahuan.
Kekunci Kembali – Kembali ke skrin sebelumnya.. 
Juga menutup item pop-timbul seperti menu, 
petak dialog, dan papan kekunci pada skrin. Sentuh 
dan tahan untuk mengakses Dwi tetingkap.
Kunci Apl Terbaharu – Ketik untuk memaparkan 
aplikasi yang baru digunakan. Anda juga boleh 
sentuh dan tahannya untuk memaparkan pilihan 
Menu dalam aplikasi.
Ikon aplikasi – Ketik ikon (aplikasi, widget, folder, 
dsb.) untuk membuka dan menggunakannya.
Kekunci Pantas – Memberikan akses mudah satu 
sentuhan kepada fungsi yang paling kerap anda 
gunakan.
Kekunci Rumah – Mengembalikan ke skrin Utama 
(atau mengembalikan ke kanvas skrin Utama lalai 
anda dari mana-mana kanvas sambungan skrin 
Utama). Sentuh dan tahan untuk mengakses 
Google Now.
Kekunci Dwi Tetingkap – Ketik untuk menukar mod 
dwi tetingkap. Ia membolehkan anda mengurus 
dua apl berbeza pada masa yang sama dengan 
memisahkan skrin kepada dua.