LG G4 s User Guide

Page of 286
24
Skrin utama anda
Petua skrin sentuh
Di sini terdapat beberapa petua mengenai cara menavigasi telefon anda.
Ketik atau sentuh – Satu ketikan jari memilih item, pautan, pintasan dan huruf 
pada papan kekunci pada skrin.
Sentuh dan tahan – Sentuh dan tahan item pada skrin dengan mengetiknya dan 
tidak mengangkat jari anda sehingga tindakan berlaku.
Seret – Sentuh dan tahan item buat seketika, lalu, tanpa mengangkat jari 
anda, gerakkan jari anda pada skrin sehingga anda mencapai kedudukan 
yang disasarkan. Anda boleh menyeret item pada Skrin utama untuk menukar 
kedudukannya.
Leret atau luncur - Untuk meleret atau meluncur, dengan cepat gerakkan jari 
anda merentasi permukaan skrin, tanpa menjeda apabila pertama kali anda 
menyentuhnya (maka, anda tidak menyeret item).
Dwiketik – Dwiketik untuk zum pada halaman web atau peta.
Cubit untuk Zum – Gunakan jari telunjuk dan ibu jari anda dalam gerakan 
mencubit atau mengembang untuk zum masuk atau keluar semasa menggunakan 
penyemak imbas, Peta atau semasa melihat gambar.
Putar skrin – Daripada banyak aplikasi dan menu, orientasi skrin akan dilaraskan 
mengikut orientasi fizikal peranti.
NOTA
Jangan tekan terlalu kuat, skrin ketik cukup sensitif untuk mengesan ketikan 
yang ringan, namun teguh.
Gunakan hujung jari anda untuk mengetik pilihan yang anda kehendaki. 
Berhati-hati supaya tidak mengetik butang lain.
Skrin utama anda