LG G4 s User Guide

Page of 286
26
Skrin utama anda
  
Butang 
Kembali
Kembali ke skrin sebelum. Juga menutup item pop timbul 
seperti menu, kotak dialog dan papan kekunci pada skrin. 
 
Butang Rumah Kembali ke Skrin utama dari mana-mana skrin.
  
Butang 
Aplikasi 
Terkini
Memaparkan aplikasi yang baru digunakan. Jika anda 
sentuh dan tahan Butang ini, ia akan membuka menu 
pilihan yang tersedia.
Skrin Utama Dilanjutkan
Sistem pengendalian menyediakan berbilang kanvas skrin Utama untuk menyediakan 
lebih banyak ruang untuk menambah ikon, widget dan banyak lagi.
Luncurkan jari anda ke kiri atau ke kanan merentasi skrin Utama untuk mengakses 
kanvas tambahan. 
Menyesuaikan Skrin utama
Anda boleh menyesuaikan skrin Utama anda dengan menambahkan aplikasi dan 
widget serta menukar kertas dinding. 
Menambah item pada skrin Utama anda
1  
Sentuh dan tahan bahagian kosong pada Skrin utama. 
2  
Dalam menu Tambah Mod, pilih item yang anda ingin tambah. Kemudian anda akan 
melihat item yang ditambah ini pada skrin Utama.
3  
Seret ia ke lokasi yang dikehendaki dan angkat jari anda.
PETUA! Untuk menambahkan ikon aplikasi pada Skrin utama dari skrin 
Aplikasi, sentuh dan tahan aplikasi yang anda ingin tambah.
Mengeluarkan item dari skrin Utama anda
Semasa di Skrin utama, sentuh dan tahan ikon yang anda ingin keluarkan > seret 
ia ke  .