LG P690 User Guide

Page of 264
10
Tempat yang mungkin 
boleh meletup
Jangan gunakan telefon anda di 
tempat pengisian bahan api.
Jangan gunakan berhampiran 
bahan api atau bahan kimia.
Jangan angkut atau simpan gas 
mudah terbakar, cecair atau bahan 
letupan dalam petak kenderaan 
anda yang mengandungi telefon 
mudah alih dan aksesori anda.
Di dalam pesawat
Peranti wayarles boleh 
menyebabkan gangguan di dalam 
pesawat.
Matikan telefon mudah alih 
anda sebelum menaiki sebarang 
pesawat terbang.
Jangan gunakannya apabila 
mendarat, tanpa izin anak kapal.
Kanak-kanak
Simpan telefon di tempat yang 
selamat dan jauh daripada kanak-
kanak kecil. Ia termasuk bahagian 
kecil yang boleh menyebabkan 
bahaya tercekik jika ia tertanggal.
Panggilan kecemasan
Panggilan kecemasan mungkin 
tidak tersedia di bawah semua 
rangkaian mudah alih. Oleh itu, 
anda hendaklah tidak bergantung 
semata-mata pada telefon ini untuk 
panggilan kecemasan. Semak 
dengan pembekal khidmat tempatan 
anda.
Maklumat dan penjagaan 
bateri
Anda tidak perlu menyahcas 
bateri sepenuhnya sebelum 
mengecasnya semula. Tidak 
seperti sistem bateri yang lain, 
tiada kesan memori yang boleh 
menjejaskan prestasi bateri.
Garis panduan untuk penggunaan yang 
selamat dan cekap