LG P690 User Guide

Page of 264
12
Notis penting
Sila semak sama ada sebarang 
masalah telefon yang anda hadapi 
telah diterangkan dalam bahagian 
ini, sebelum anda membawa 
telefon anda untuk diservis atau 
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon
Apabila ruang yang tinggal pada 
memori telefon anda kurang 
daripada 10%, telefon anda tidak 
akan dapat menerima mesej baru. 
Anda perlu memeriksa memori 
telefon anda dan memadamkan 
sebahagian data, seperti aplikasi 
atau mesej, untuk menyediakan 
lebih banyak memori.
Menguruskan aplikasi 
Pada skrin Utama, sentuh tab 
Aplikasi, lalu pilih Tetapan > 
Aplikasi
 > Uruskan aplikasi.
Selepas semua aplikasi 
muncul, tatal dan pilih aplikasi 
yang hendak anda nyahpasang.
Ketik Buang pemasangan
lalu sentuh Pilih untuk 
menyahpasang aplikasi yang 
anda pilih.
2.  Mengoptimumkan 
hayat bateri
Anda boleh memanjangkan 
hayat bateri antara caj dengan 
mematikan ciri yang tidak perlu 
dijalankan dalam latar belakang. 
Anda juga boleh memantau 
bagaimana aplikasi dan sumber 
sistem menggunakan kuasa bateri. 
Memanjangkan hayat bateri 
anda
Matikan komunikasi radio jika 
anda tidak menggunakannya. 
Jika anda tidak menggunakan 
Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, 
matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan 
tetapkan masa tamat skrin yang 
lebih pendek.