LG P690 User Guide

Page of 360
9
wayarles yang dipasang atau 
yang mudah alih. Ia mungkin tidak 
berfungsi atau menyebabkan 
kecederaan serius disebabkan 
prestasi yang tidak betul.
Jika anda mendengar muzik 
ketika bergerak dan berjalan, sila 
pastikan bahawa kelantangannya 
berada pada paras yang 
berpatutan agar anda sedar akan 
keadaan di sekeliling anda. Ini 
amat penting terutamanya semasa 
berhampiran dengan jalan.
Elakkan kerosakan 
terhadap pendengaran 
anda
Kerosakan kepada pendengaran 
anda boleh berlaku jika anda 
terdedah kepada bunyi yang kuat 
dalam tempoh yang lama. Kami 
dengan ini mengesyorkan anda tidak 
menghidupkan atau mematikan 
telefon mudah alih berhampiran 
dengan telinga anda. Kami juga 
mengesyorkan bahawa kelantangan 
muzik dan panggilan ditetapkan 
pada paras yang berpatutan.
NOTA:
 Tekanan bunyi 
melampau daripada fon 
telinga boleh menyebabkan 
kehilangan pendengaran.
Bahagian-bahagian Kaca
Sebahagian daripada peranti 
telefon anda diperbuat daripada 
kaca. Kaca ini akan retak atau 
pecah jika telefon anda terjatuh ke 
atas permukaan yang keras atau 
menerima impak yang kuat. Jika 
kaca retak atau pecah, dinasihatkan 
supaya tidak memegang atau cuba 
untuk membuangnya. Berhenti 
menggunakan peranti mudah alih 
anda sehingga kaca digantikan oleh 
pembekal khidmat yang disahkan.
Kawasan letupan
Jangan gunakan telefon di mana 
peletupan sedang dijalankan. 
Patuhi sekatan,dan ikuti sebarang 
peraturan yang dikenakan.