LG P690 User Guide

Page of 360
11
Gunakan hanya bateri dan 
pengecas LG. Pengecas LG direka 
bentuk untuk memaksimumkan 
hayat bateri.
Jangan buka pemasangan atau 
litar pintaskan pek bateri.
Pastikan sesentuh logam pada 
pek bateri sentiasa bersih.
Ganti bateri apabila ia tidak lagi 
memberi prestasi yang boleh 
diterima. Pek bateri boleh dicas 
semula beratus-ratus kali sebelum 
ia perlu diganti.
Cas semula bateri jika ia 
tidak digunakan buat tempoh 
masa yang lama untuk 
memaksimumkan kebolehgunaan.
Jangan dedahkan pengecas 
bateri kepada cahaya matahari 
langsung atau gunakannya pada 
kelembapan yang tinggi, seperti 
di bilik air.
Jangan biarkan bateri di tempat 
yang panas atau sejuk, ini 
mungkin akan menjejaskan 
prestasi bateri.
Terdapat risiko letupan jika bateri 
diganti dengan jenis yang salah.
Lupuskan bateri yang telah 
digunakan mengikut arahan 
pengilang. Sila kitar semula yang 
mana mungkin. Jangan lupuskan 
sebagai sampah rumah yang 
biasa.
Jika anda hendak mengganti 
bateri, bawa ia ke pusat servis 
LG Electronics atau wakil 
penjual yang disahkan untuk 
mendapatkan bantuan.
Tanggalkan pengecas dari soket 
dinding selepas telefon dicas 
sepenuhnya untuk menjimatkan 
kuasa pengecas daripada 
penggunaan yang tidak perlu.
Hayat bateri sebenar bergantung 
kepada konfigurasi rangkaian, 
tetapan produk, corak 
penggunaan, dan keadaan bateri 
dan persekitaran.