Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
12  Bahasa Melayu
Penggunaan ketuhar
Bagaimana ketuhar gelombang mikro berfungsi
Gelombang mikro adalah gelombang elektromagnetik berfrekuensi tinggi; tenaga yang 
dikeluarkan membolehkan makanan dimasak atau dipanaskan semula tanpa mengubah bentuk 
atau warna.
Anda boleh menggunakan ketuhar gelombang mikro anda untuk:
•  Mencair beku
•  Memanas semula
•  Memasak
Dasar memasak.
1.  Gelombang mikro yang dijana magnetron 
dipantulkan pada rongga ketuhar dan diagihkan 
dengan seragam sementara makanan berputar 
di atas pinggan putar. Dengan itu, makanan 
dimasak sama rata.
2.  Gelombang mikro diserap makanan sehingga 
kira-kira sedalam 1 inci (2.5 cm). Proses 
memasak berterusan apabila haba dilesapkan 
di dalam makanan.
3.  Masa memasak berbeza-beza mengikut bekas 
yang digunakan dan sifat-sifat makanan:
•  Kuantiti dan ketumpatan
•  Kandungan air
•  Suhu awal (disejukkan atau tidak)
AWAS
Oleh kerana bahagian tengah makanan dimasak melalui pelesapan haba, proses memasak 
masih berterusan walaupun anda sudah mengeluarkan makanan dari ketuhar. Masa biar yang 
ditentukan dalam resipi dan dalam buku panduan ini hendaklah dipatuhi bagi memastikan:
•  Pemasakan makanan yang rata hingga ke bahagian tengah.
•  Suhu yang sama pada seluruh makanan.
Memeriksa bagi memastikan ketuhar anda beroperasi dengan betul
Prosedur mudah yang berikut membolehkan anda memeriksa bagi memastikan ketuhar 
anda sentiasa berfungsi dengan betul. Jika anda ragu-ragu, rujuk bahagian yang bertajuk 
“Penyelesaian masalah” di halaman 47.
NOTA
Palam ketuhar mestilah dipasang pada soket dinding yang sesuai. Pinggan putar mestilah berada 
di kedudukannya di dalam ketuhar. Jika aras kuasa yang lain daripada aras maksimum (100 % - 
900 W) digunakan, air akan mengambil masa lebih lama untuk mendidih.
Buka pintu ketuhar dengan menarik pemegang di sebelah atas pintu. Letakkan segelas air di atas 
piring putar. Tutup pintu ketuhar.
Tekan mod Microwave (Gelombang Mikro) dan 
laraskan masa kepada 4 atau 5 minit dengan 
menekan butang START/+30s (MULA/+30s).
Ketuhar akan memanaskan air selama 4 atau 5 
minit. Air itu kemudiannya akan mula mendidih.
Penggunaan ketuhar
Untitled-39   12
2017-01-10     9:38:47