Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
10  Bahasa Melayu
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di 
dalam ketuhar. Berikan juga perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan pinggan putar 
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah 
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua 
bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1.  Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah pinggan 
putar.
2.  Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3.  Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan 
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
A
Untuk membersihkan kawasan atas ruang memasak, 
rendahkan elemen pemanasan atas sebanyak 45° 
(A) seperti yang ditunjukkan. Ini akan membantu 
membersihkan kawasan atas. Apabila selesai, 
letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
•  Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan 
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
•  Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
•  Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
•  Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan 
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Penggantian (pembaikan)
AMARAN
Ketuhar ini tidak mempunyai bahagian boleh alih-pengguna di dalam. Jangan cuba untuk 
menggantikan atau membaiki ketuhar sendiri.
•  Jika anda menghadapi masalah dengan engsel, pengadang, dan/atau pintu, hubungi 
juruteknik bertauliah atau pusat perkhidmatan Samsung setempat untuk mendapatkan 
bantuan teknikal. 
•  Jika anda mahu menggantikan mentol lampu, hubungi pusat perkhidmatan Samsung 
setempat. Jangan menggantikan ia sendiri.
•  Jika anda menghadapi masalah dengan perumah luar ketuhar, cabut palam kod kuasa 
daripada sumber kuasa, dan kemudian hubungi pusat perkhidmatan Samsung setempat.
Penjagaan terhadap tempoh panjang tidak digunakan
Jika anda tidak menggunakan ketuhar untuk tempoh yang panjang, cabut palam daripada kod 
kuasa dan alihkan ketuhar ke lokasi yang kering, bebas habuk. Habuk dan lembapan yang terbina 
di dalam ketuhar mungkin menjejaskan prestasi ketuhar.
Penyelenggaraan
Untitled-39   10
2017-01-10     9:38:46