Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Panduan memasak
38  Bahasa Melayu
Panduan memasak
Memanaskan semula cecair
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk 
membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA 
kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang membuak-buak dan kemungkinan 
kulit anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau 
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Memanas semula makanan bayi
Makanan bayi:
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik. Kacau rata selepas 
memanaskan semula! Biarkan selama 2-3 minit sebelum menghidangkan. Kacau sekali lagi dan 
periksa suhunya. Suhu hidangan yang disarankan: antara 30-40 °C.
Susu bayi:
Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa ditutup. Jangan sesekali 
memanaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana botol boleh meletup jika terlampau 
panas. Goncang betul-betul sebelum masa biar dan sekali lagi sebelum menghidangkan ! Sentiasa 
periksa suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberinya kepada bayi. Suhu 
hidangan yang disarankan: ca. 37 °C.
Catatan:
Makanan bayi terutamanya perlu diperiksa dengan teliti sebelum dihidangkan bagi mencegah 
berlakunya lecur. Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual yang berikutnya sebagai garis 
panduan untuk memanaskan semula.
Memanaskan semula cecair dan makanan
Gunakan aras kuasa dan masa di dalam jadual ini sebagai garis panduan untuk memanaskan 
semula.
Makanan
Saiz hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Minuman (Kopi, 
Teh dan Air)
150 ml (1 cawan)
300 ml (2 cawan)
450 ml (3 cawan)
600 ml (4 cawan)
900 W
1-1½
2-2½
3-3½
3½-4
Arahan
Tuangkan ke dalam cawan-cawan dan panaskan semula tanpa ditutup: 1 
cawan di tengah-tengah, 2 cawan bertentangan satu sama lain, 3 cawan 
dalam satu bulatan. Biarkan di dalam ketuhar microwave (gelombang 
mikro) semasa masa biar dan kacau rata. Hidangkan selepas dibiarkan 
selama 1-2 minit.
Sup (Dingin)
250 g
350 g
450 g
550 g
600 W
4-4½
5½-6
6½-7
8-8½
Arahan
Tuang ke dalam pinggan atau mangkuk seramik yang dalam. Tutup 
dengan penutup plastik. Kacau rata selepas memanaskan semula. Kacau 
sekali lagi sebelum menghidangkannya. Hidangkan selepas dibiarkan 
selama 2-3 minit.
Untitled-39   38
2017-01-10     9:38:52