Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Panduan memasak
40  Bahasa Melayu
Panduan memasak
Mencair beku
Gelombang mikro adalah cara yang sangat baik untuk mencair bekukan makanan sejuk 
beku. Gelombang mikro mencair bekukan makanan sejuk beku dengan lembut dalam masa 
yang singkat. Ini boleh merupakan satu kelebihan besar, jika tetamu yang tidak dijangka 
tiba-tiba muncul. Ayam itik sejuk beku mesti dinyahsejuk beku keseluruhannya sebelum 
dimasak. Tanggalkan sebarang ikatan logam dan keluarkan ia dari sebarang bungkusan untuk 
mengetuskan cecair nyahsejuk beku. Letakkan makanan sejuk beku itu di atas bekas tanpa 
penutup. Balikkan separuh jalan, tuskan sebarang cecair yang ada dan buang sebarang hati, 
jantung dan hempedal secepat mungkin. Periksa makanan itu sekali-sekala untuk memastikan 
bahawa ia tidak terasa hangat. Jika bahagian-bahagian makanan sejuk beku yang lebih kecil 
dan lebih nipis mula menghangat, ia boleh dilindungi dengan membalutnya dengan kepingan 
kerajang aluminium yang kecil semasa mencair beku. Sekiranya ayam itik mula menghangat di 
permukaan luarnya, hentikan proses menyahsejuk beku dan biarkannya selama 20 minit sebelum 
meneruskan. Biarkan ikan, daging dan ayam itik untuk menyelesaikan proses mencair beku. Masa 
biar untuk menyelesaikan proses mencair beku akan berubah-ubah bergantung kepada kuantiti 
yang dicairbekukan. Sila rujuk kepada jadual di bawah.
NOTA
Makanan yang leper mencair beku dengan lebih baik daripada makanan yang tebal dan kuantiti 
yang lebih kecil memerlukan masa yang lebih singkat daripada kuantiti yang lebih besar. Ingat 
petua ini semasa menyejuk beku dan mencair beku makanan.
Untuk mencair beku makanan sejuk beku dengan suhu kira-kira -18 hingga -20 °C, gunakan 
jadual berikut sebagai panduan.
Makanan
Saiz hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Daging
Daging Cincang
Stik Babi
250 g
500 g
250 g
180 W
180 W
6-7
9-11
7-8
Arahan
Letakkan daging di atas piring putar. Balut bahagian-bahagian tepi 
yang lebih nipis dengan kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh 
masa mencair beku! Hidangkan selepas dibiarkan selama 15-30 minit.
Makanan
Saiz hidangan
Kuasa
Masa (min.)
Ayam Itik
Kepingan Ayam
Seekor Ayam
500 g (2 keping)
1200 g
180 W
180 W
14-15
32-34
Arahan
Mula-mula, letakkan kepingan-kepingan ayam dengan bahagian kulit 
di bawah dahulu, seekor ayam bahagian dada di bawah dahulu di 
atas pinggan seramik yang leper. Balut bahagian-bahagian yang lebih 
nipis seperti kepak dan bahagian hujung dengan kerajang aluminium. 
Balikkan selepas separuh masa mencair beku! Hidangkan selepas 
dibiarkan selama 15-60 minit.
Ikan
Filet Ikan
Seekor Ikan
200 g
400 g
180 W
180 W
6-7
11-13
Arahan
Letakkan ikan sejuk beku di tengah-tengah pinggan seramik yang 
leper. Atur bahagian-bahagian yang lebih nipis di bawah bahagian-
bahagian yang lebih tebal. Balut hujung sempit filet dan ekor ikan 
menggunakan kerajang aluminium. Balikkan selepas separuh masa 
mencair beku! Hidangkan selepas dibiarkan selama 10-25 minit.
Buah-buahan
Beri
300 g
180 W
6-7
Arahan
Selerakkan buah di atas bekas kaca yang bulat dan leper (dengan garis 
pusat yang besar). Hidangkan selepas dibiarkan selama 5-10 minit.
Untitled-39   40
2017-01-10     9:38:53