Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Arahan keselamatan
6  Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke 
atas dan orang-orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria 
atau mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika 
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan 
alat dengan cara yang selamat dan memahami bahaya yang 
terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan alat 
ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan pembersihan dan 
penyenggaraan pengguna melainkan mereka berusia daripada 
8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak 
berusia kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh kakitangan berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang dikedapkan dalam bekas untuk fungsi gelombang 
mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi untuk 
membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar berdekatan dengan alat pemanas atau bahan mudah terbakar; lokasi 
yang lembap, berminyak, berhabuk atau didedahkan kepada cahaya matahari secara terus atau 
air; atau di mana gas mungkin bocor; atau permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering secara kerap untuk menanggalkan bahan asing daripada terminal palam 
kuasa dan sentuhan.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakan dengan segera. Jangan sentuh kord 
kuasa.
Jangan sentuh kord kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar beroperasi, jangan matikannya dengan menanggalkan kord kuasa.
Jangan selitkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, tanggalkan kord 
kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letak ketuhar di atas objek mudah pecah.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi, dan arus sepadan dengan spesifikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai berbilang 
palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkukkan kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di 
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang 
longgar. Untuk palam atau kord kuasa yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung 
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek di atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Oleh kerana wap alkohol boleh 
mengenai bahagian ketuhar yang panas, berhati-hati apabila memanaskan makanan atau 
minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin berlanggar atau jari mereka tersepit di pintu. Apabila membuka/menutup 
pintu, pastikan kanak-kanak tidak ada yang berdekatan.
Untitled-39   6
2017-01-10     9:38:45