Samsung MC28 Convection MWO with HOTBLAST™, 28L Manual De Usuario

Descargar
Página de 156
Arahan keselamatan
8  Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Langkah berjaga-jaga dalam mengoperasi ketuhar gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan pendedahan 
kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
•  Jangan kendalikan ketuhar semasa pintu terbuka. Jangan usik kunci salingan keselamatan 
(selak pintu). Jangan selit apa-apa ke dalam lubang kunci salingan keselamatan.
•  JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau 
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap. 
Pastikan pintu dan permukaan pengedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya dengan 
kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut setiap kali selepas digunakan.
•  Jangan kendalikan ketuhar jika ia rosak. Hanya kendalikannya selepas ia diperbaik oleh 
juruteknik yang berkelayakan. 
Penting: pintu ketuhar mesti ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh melengkung; selak tidak 
boleh pecah atau longgar; pengedap pintu dan permukaan pengedap tidak boleh rosak.
•  Semua pelarasan atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki 
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan pada unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan. 
Item yang dilindungi oleh syarat ini termasuk: 
•  Pintu, pemegang, panel luar, atau panel kawalan yang kemik, tercalar, atau pecah.
•  Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan ketuhar ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di 
dalam manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak 
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk 
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan dan 
mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang mikro 
anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan bukan semua 
tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau keprihatinan, 
hubungi pusat perkhidmatan Samsung di tempat anda atau dapatkan bantuan dan maklumat 
dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar ini untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk 
kegunaandomestik sahaja. Jangan panaskan apa-apa jenis tekstil atau kusyen yang diisi dengan 
bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang disebabkan oleh 
penggunaan ketuhar yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan daripada permukaan ketuhar menjadi lusuh dan situasi berbahaya, sentiasa 
pastikan ketuhar bersih dan diselenggarakan dengan baik.
Untitled-39   8
2017-01-10     9:38:45