Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
29
Bantuan dan
Sokongan
29.1
Daftar TV anda
Daftar TV anda dan nikmati pelbagai faedah termasuk
sokongan penuh (termasuk muat turun), akses
istimewa kepada maklumat mengenai produk baharu,
tawaran dan diskaun eksklusif, peluang untuk
memenangi hadiah dan juga menyertai tinjauan khas
mengenai keluaran baharu.
Pergi ke  www.philips.com/welcome 
29.2
Menggunakan Bantuan
TV ini menawarkan bantuan pada skrin 
 .
Membuka Bantuan
 
 
Tekan kekunci 
 (biru) untuk membuka Bantuan
dengan segera. Bantuan akan membuka bab yang
paling berkaitan dengan apa yang anda lakukan atau
apa yang dipilih pada TV. Untuk mencari topik
mengikut abjad, tekan kekunci warna 
 Kata Kunci .
Untuk membaca Bantuan sebagai buku, pilih  Buku.
Anda juga boleh membuka 
 Bantuan  dalam
menu Utama atau menu TV.
Sebelum anda melaksanakan arahan Bantuan, tutup
Bantuan.
Untuk menutup Bantuan, tekan kekunci
warna 
 Tutup .
Untuk sesetengah aktiviti, seperti Teks (Teleteks),
kekunci warna mempunyai fungsi tertentu dan tidak
boleh membuka Bantuan.
Bantuan TV pada tablet, telefon pintar atau komputer
anda
 
 
Untuk melaksanakan turutan arahan yang panjang
dengan lebih mudah, anda boleh muat turun
Bantuan TV dalam format PDF untuk dibaca pada
telefon pintar, tablet atau komputer anda. Selain itu,
anda boleh mencetak halaman Bantuan yang
berkaitan dari komputer anda.
Untuk memuat turun Bantuan (manual pengguna),
pergi ke 
MTK_v25_20150723
29.3
Penyelesaian Masalah
Hidupkan dan Alat Kawalan Jauh
TV tidak hidup
 
• Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar
kuasa. Tunggu selama seminit, kemudian
sambungkannya semula.
• Pastikan kabel kuasa disambung dengan kemas.
Bunyi berkerik-kerik pada permulaan atau
mematikan
 
 
Semasa anda menghidupkan,mematikan TV atau
kepada tunggu sedia, anda terdengar bunyi berkerik-
kerik daripada cesi TV. Bunyi berkerik-kerik berpunca
daripada pengembangan dan pengecutan TV yang
biasa semasa TV menjadi sejuk atau panas. Ini tidak
menjejaskan prestasi.
TV tidak bertindak balas terhadap alat kawalan jauh
 
TV memerlukan sedikit masa untuk dimulakan. Pada
masa ini, TV tidak bertindak balas terhadap alat
kawalan jauh atau kawalan TV. Ini adalah sifat yang
normal.
Jika TV terus tidak bertindak balas terhadap kawalan
jauh, anda boleh memeriksa sama ada kawalan jauh
berfungsi dengan menggunakan kamera telefon
mudah alih. Letakkan telefon dalam mod kamera dan
halakan kawalan jauh ke lensa kamera. Jika anda
menekan sebarang kekunci pada kawalan jauh dan
nampak kerlipan LED infra merah melalui kamera,
kawalan jauh tersebut berfungsi. TV perlu diperiksa.
Jika anda tidak nampak kerlipan, kawalan jauh
mungkin rosak atau baterinya lemah.
Kaedah pemeriksaan kawalan jauh ini tidak boleh
dilakukan dengan kawalan jauh yang dipasangkan
dengan TV secara wayarles.
TV kembali kepada tunggu sedia selepas
menunjukkan skrin permulaan Philips
 
 
Apabila TV berada dalam tunggu sedia, skrin
permulaan Philips dipaparkan, kemudian TV kembali
kepada mod tunggu sedia. Ini adalah sifat yang
normal. Apabila TV diputuskan sambungan atau
disambung semula kepada bekalan kuasa, skrin
permulaan dipaparkan pada permulaan seterusnya.
Untuk menghidupkan TV daripada tunggu sedia,
tekan 
 pada alat kawalan jauh atau pada TV.
Lampu tunggu sedia terus berkelip-kelip
 
 
Putuskan sambungan kabel kuasa dari salur keluar
kuasa. Tunggu 5 minit sebelum anda menyambung
semula kabel kuasa. Jika lampu berkelip-kelip
semula, hubungi Layanan Pelanggan TV Philips.
103