Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
Foto, video dan muzik daripada peranti USB tidak
kelihatan
 
• Pastikan peranti storan USB ditetapkan kepada
mematuhi Kelas Storan Massa, seperti yang
diperihalkan dalam dokumentasi peranti storan.
• Pastikan peranti storan USB serasi dengan TV.
• Pastikan format fail audio dan gambar disokong
oleh TV.
Main balik fail USB yang terputus-putus
 
• Prestasi pemindahan peranti storan USB mungkin
mengehadkan kadar pemindahan data ke TV yang
menyebabkan main balik yang tidak baik.
Wi-Fi, Internet dan Bluetooth
Rangkaian Wi-Fi tidak ditemui atau herot
 
• Ketuhar gelombang mikro, telefon DECT atau
peranti Wi-Fi 802.11b/g/n lain yang berdekatan
dengan anda mungkin akan mengganggu rangkaian
wayarles tersebut.
• Pastikan bahawa tembok api dalam rangkaian anda
membenarkan akses kepada sambungan wayarles
TV.
• Jika rangkaian wayarles tidak berfungsi dengan
betul di rumah anda, cuba gunakan pemasangan
rangkaian berwayar.
Internet tidak berfungsi
 
• Jika sambungan kepada penghala OK, periksa
sambungan penghala kepada Internet pula.
Sambungan PC dan Internet adalah lemah
 
• Rujuk manual pengguna penghala wayarles anda
untuk mendapatkan maklumat mengenai julat dalam
bangunan, kadar pemindahan dan faktor kualiti
isyarat yang lain.
• Gunakan sambungan Internet kelajuan tinggi (jalur
lebar) untuk penghala anda.
DHCP
 
• Jika sambungan gagal, cuba semak tetapan DHCP
(Protokol Konfigurasi Hos Dinamik) pada penghala.
DHCP perlu dihidupkan.
Sambungan Bluetooth hilang
 
• Tempatkan pembesar suara wayarles dalam
lingkungan 5 meter dari TV.
• Tempat dengan jumlah aktiviti wayarles yang tinggi
- pangsapuri dengan banyak penghala wayarles -
boleh menghalang sambungan wayarles. Pastikan
penghala dan pembesar suara wayarles sehampir
yang mungkin dengan TV.
Penyegerakan Audio dan Video Bluetooth
 
• Sebelum anda membeli pembesar suara Bluetooth
wayarles, pastikan anda tahu tentang kualiti
penyegerakan Audio kepada Video, yang biasanya
dipanggil 'segerak bibir'. Tidak semua
peranti Bluetooth melakukan dengan betul. Minta
nasihat daripada penjual anda.
Bahasa Menu Salah
Bahasa menu salah
 
 
Tukar bahasa kembali kepada bahasa anda.
1 -  Tekan 
  (kekunci bulat di atas kekunci  OK).
2 -  Pilih ikon 
 (Tetapan) dan tekan  OK.
3 -  Tekan 5 kali 
 (bawah).
4 -  Tekan 3 kali 
 (kanan), pilih bahasa anda dan
tekan  OK.
5 -  Tekan 
 BACK untuk menutup menu.
29.4
Bantuan Dalam Talian
Untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan TV
Philips, anda boleh merujuk sokongan dalam talian
kami. Anda boleh memilih bahasa anda dan
memasukkan nombor model produk anda.
Pergi ke  www.philips.com/support .
Di laman web sokongan, anda boleh menemui
nombor telefon negara anda untuk menghubungi
kami serta jawapan untuk Soalan Lazim. Di
sesetengah negara, anda boleh bersembang dengan
salah seorang rakan usaha sama dan bertanya soalan
secara terus atau menghantar soalan melalui e-mel.
Anda boleh memuat turun perisian TV baharu atau
manual untuk dibaca pada komputer anda.
29.5
Sokongan dan Pembaikan
Untuk sokongan dan pembaikan, hubungi talian
penting Layanan Pelanggan di negara anda. Jurutera
perkhidmatan kami akan melakukan pembaikan, jika
perlu.
Cari nombor telefon dalam dokumentasi bercetak
yang disertakan dengan TV.
Atau rujuk laman
web  www.philips.com/support kami dan pilih
negara anda jika perlu.
 Aplikasi sokongan
 
 
Anda juga boleh mencari aplikasi Sokongan dalam
baris Aplikasi menu Utama.
Buka aplikasi ini untuk mencari nombor telefon untuk
menghubungi kami.
Nombor model dan nombor siri TV
 
 
Anda mungkin diminta untuk memberikan nombor
model dan nombor siri produk TV. Cari nombor ini
pada label pembungkusan atau pada label jenis di
belakang atau di bawah TV.
 Amaran
 
 
105