Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
1 - 
 MULTIVIEW
Untuk membuka skrin kecil dalam skrin besar.
2 - 
 Kelantangan
Untuk melaraskan aras kelantangan.
3 - Kekunci nombor
Untuk memilih saluran secara terus.
4 -  SUBTITLE
Untuk menghidupkan, mematikan atau menunjukkan
sari kata secara automatik.
5 - 
 Saluran
Untuk menukar ke saluran seterusnya atau
sebelumnya dalam senarai saluran. Untuk membuka
halaman seterusnya atau sebelumnya dalam
Teks/Teleteks. Untuk memulakan bab seterusnya
atau sebelumnya pada cakera.
6 - 
 Redam
Untuk meredam bunyi atau memulihkannya.
7 -  TEXT
Untuk membuka atau menutup Teks/Teleteks. 
6.2
Carian suara
Muat turun Aplikasi daripada Google
Play
Gunakan telefon pintar atau tablet Android anda
sebagai alat kawalan jauh untuk Android TV anda.
Bertukar dengan mudah di antara mod d-pad, pad
sentuh dan pad permainan untuk menavigasi
kandungan dan memainkan permainan pada peranti
Android TV anda. Ketik mikrofon untuk memulakan
carian suara, atau gunakan papan kekunci untuk
memasukkan teks pada Android TV.
Untuk bermula, sambungkan telefon atau tablet
Android anda ke rangkaian yang sama dengan
peranti Android TV anda atau cari Android TV anda
melalui Bluetooth.
Berfungsi dengan semua peranti Android TV.
*Anda memerlukan telefon atau tablet Android yang
menjalankan Android 4.3 atau lebih baharu untuk
menggunakan aplikasi Alat Kawalan Jauh Android TV.
Carian Suara
Berpasangan dengan TV anda
Tiada mikrofon pada alat kawalan jauh anda. Jika
anda mahu menggunakan carian suara, anda perlu
memasang  aplikasi Alat Kawalan Jauh Android
TV pada telefon pintar atau tablet Android anda
dahulu.
1 -  Pada telefon pintar atau tablet Android anda, cari
"Alat Kawalan Jauh Android TV" dalam gedung
Google Play.
2 -  Muat turun dan pasang  aplikasi Alat Kawalan
Jauh Android TV* pada telefon pintar atau tablet
Android anda .
3 -  Sambungkan telefon pintar atau tablet Android
anda ke rangkaian yang sama dengan peranti
Android TV anda.
4 -  Pilih "PhilipsTv"** pada telefon pintar atau tablet
Android anda, kemudian Android TV anda akan
menunjukkan kod pada skrin.
5 -  Masukkan kod pada telefon pintar atau tablet
Android anda untuk memasangkan ke Android TV
anda. 
*Anda memerlukan telefon atau tablet Android yang
menjalankan Android 4.3 atau lebih baharu untuk
menggunakan aplikasi Alat Kawalan Jauh Android TV.
**Nama Android TV anda adalah bergantung pada
nama yang anda tetapkan dalam Nama Rangkaian
TV. Nama pratetap ialah nama model TV ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata
Kunci dan cari  Rangkaian, Nama Rangkaian TV.
Menggunakan Carian suara
Anda boleh mencari video, muzik atau apa-apa
sahaja pada Internet dengan ikon 
 di bahagian
atas menu Utama. Anda boleh mula menggunakan
Carian Suara pada bila-bila masa. Sebagai alternatif,
anda boleh menggunakan papan kekunci alat
kawalan jauh untuk memasukkan teks. 
Untuk menggunakan Carian Suara…
1 -  Ketik ikon 
 pada telefon pintar anda untuk
memulakan carian suara.
2 -  Ikon 
 berwarna merah pada skrin, mikrofon
adalah aktif.
30