Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
automatik. Jika anda juga menekan kekunci
pengubah suai lain, seperti  Fn atau  Ω, anda akan
keluar daripada mod huruf besar.
Nombor dan Aksara Tanda Baca
Untuk menaip nombor atau aksara tanda baca, tekan
kekunci  Fn betul-betul sebelum anda menaip
nombor atau aksara tanda baca yang anda perlukan.
Anda boleh menghidupkan atau mematikan mod Fn
seperti yang anda lakukan untuk mod huruf besar.
Internet
 
 
Anda boleh menggunakan kekunci  Fn untuk
memasukkan  www. atau  .com.
Huruf dan Simbol Aksen
Huruf dan simbol aksen tidak tersedia secara terus
pada Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh.
Untuk menaip aksara tersebut, anda boleh membuka
papan kekunci pada skrin.
Papan kekunci Qwerty, Azerty dan
Cyrillic
Tataletak standard Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh
adalah Qwerty.
Papan kekunci Azerty
 
 
Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh boleh ditetapkan
ke Azerty, bergantung kepada wilayah anda. Aksara
Azerty ditunjukkan di bahagian kanan atas kekunci
yang berkenaan.
Untuk menetapkan tataletak papan kekunci ke
Azerty…
1 -  Tekan 
, pilih  Semua Tetapan dan tekan  OK.
2 -  Pilih  Wilayah dan Bahasa dan tekan 
 (kanan)
untuk memasuki menu.
3 -  Pilih  Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh dan
tekan  OK.
4 -  Pilih  AZERTY atau  QWERTY dan tekan  OK.
5 -  Tekan 
 (kiri) berulang kali jika perlu untuk
menutup menu.
Papan kekunci Cyrillic
 
 
Papan Kekunci Alat Kawalan Jauh boleh ditukar
kepada aksara Cyrillic, bergantung kepada wilayah
anda.
Aksara Cyrillic ditunjukkan di bahagian kanan atas
kekunci papan kekunci.
Untuk menulis aksara Cyrillic…
1 -  Tekan 
 pada alat kawalan jauh.
2 -  Tekan 
 sekali lagi untuk kembali ke Qwerty.
6.4
Jadikan Alat Kawalan Jauh
Berpasangan
Alat kawalan jauh ini menggunakan frekuensi radio
(RF) untuk menghantar perintahnya ke TV. Berlainan
dengan alat kawalan jauh yang menggunakan isyarat
inframerah, anda tidak perlu menghalakannya ke TV
dengan RF. TV serta alat kawalan jauh perlu saling
dijadikan berpasangan (dipautkan) agar alat kawalan
jauh dapat berkomunikasi dengan TV. Sebaik sahaja
berpasangan, anda tidak boleh menggunakan alat
kawalan jauh tersebut untuk mengawal TV lain.
Berpasangan
 
 
Apabila anda memulakan pemasangan TV awal, TV
menjemput anda untuk menekan kekunci  OK dan
dengan berbuat demikian, berpasangan telah
selesai. Jika TV tidak memberi sebarang respons
ketika kekunci alat kawalan jauh ditekan,
berpasangan tidak berjaya.
Berpasangan sekali lagi
 
 
Jika berpasangan dengan alat kawalan jauh hilang,
anda boleh menjadikan TV berpasangan dengan alat
kawalan jauh sekali lagi.
Untuk memulakan berpasangan...
1 -  Di bahagian belakang TV, berdiri di hadapan TV di
sebelah kanan, tekan kekunci kuasa kayu
bedik 
 selama 3 saat. Mesej akan menunjukkan
bahawa TV sedia untuk berpasangan.
2 -  Tekan kekunci warna 
 (merah) dan 
 (biru)
serentak selama 1 saat. Mesej akan muncul apabila
berpasangan berjaya.
6.5
Penderia IR
Alat kawalan jauh TV menggunakan BT (Bluetooth)
untuk menghantar perintahnya ke TV. Anda tidak
perlu menghalakan alat kawalan jauh ke TV dengan
BT.
Bagaimanapun, TV juga boleh menerima perintah
daripada alat kawalan jauh yang menggunakan IR
(inframerah) untuk menghantar perintah. Jika anda
menggunakan alat kawalan jauh tersebut, sentiasa
pastikan bahawa anda menghalakan alat kawalan
jauh ke penderia inframerah di bahagian hadapan TV.
32