Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
1
Taklimat Ringkas TV
1.1
TV Ultra HD
TV ini mempunyai paparan  Ultra HD. Resolusinya
adalah empat kali ganda daripada paparan HD
normal. Ultra HD bermaksud 8 juta piksel untuk
gambar paling halus dan seakan-akan betul pada TV.
Di bahagian atas,  Enjin Ultra Pixel HD baharu secara
berterusan menukar sebarang isyarat TV masuk
menjadi resolusi Ultra HD. Maka anda boleh
menikmati kualiti gambar mengagumkan ini pada
ketika anda menghidupkan TV. Atau anda boleh
menonton video Ultra HD natif melalui sambungan
HDMI. Ultra HD menawarkan tontonan TV yang bersih
dan tajam walaupun pada skrin besar.
1.2
Philips Android TV
Ini ialah  Philips Android TV™.
Android TV menawarkan beribu filem, rancangan dan
permainan daripada Google Play, YouTube dan
aplikasi kegemaran anda.*
Carian suara dan cadangan diperibadikan memberi
anda lebih banyak masa hiburan dan kurang masa
diluangkan untuk mencari sesuatu yang menarik.
Dengan Google Cast terbina dalam, anda boleh
menayangkan filem, rancangan dan foto dengan
lebih mudah daripada Chromebook atau peranti
Android anda kepada TV anda.**
Dengan  Philips TV Remote App pada telefon pintar
atau tablet anda, anda mempunyai saluran TV anda
di hujung jari anda. Hantar foto ke skrin TV besar atau
ikuti rancangan kegemaran masakan anda pada
tablet anda di dalam dapur. Bermula sekarang, TV
anda adalah sebahagian daripada barangan rumah
mudah alih anda.
Sambungkan TV ke rangkaian rumah dan Internet
anda.
* TV perlu disambungkan ke Internet. Langganan
mungkin diperlukan untuk sesetengah penyedia
kandungan.
** Siaran dioptimumkan untuk perkhidmatan terpilih
sahaja. Kualiti penstriman untuk kandungan lain
mungkin berbeza-beza. Sistem pengendalian dan
peranti yang disokong: Android 2.3 dan lebih baharu,
iOS® 7 dan lebih baharu, Windows® 7 dan lebih
baharu, Mac OS® 10.7 dan lebih baharu dan Chrome
OS (versi 38 atau lebih baharu).
Google, Android, Google Play dan tanda lain ialah
tanda dagangan Google Inc. Robot Android
dihasilkan semula atau diubah suai daripada kerja
yang dibuat dan dikongsikan oleh Google dan
digunakan mengikut terma yang diterangkan dalam
Lesen Creative Commons 3.0 Attribution.
1.3
Menggunakan Aplikasi
Untuk bermula, beberapa  Aplikasi praktikal
diprapasang pada TV anda.
Halaman Aplikasi menunjukkan koleksi Aplikasi pada
TV anda. Seperti Aplikasi pada telefon pintar atau
tablet anda, Aplikasi pada TV anda menawarkan
fungsi tertentu untuk pengalaman TV yang unggul.
Aplikasi seperti permainan TV atau ramalan cuaca
(a.o.). Atau mulakan Aplikasi Pelayar Internet, seperti
Google Chrome, untuk melayari Internet.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata
Kunci dan cari  Aplikasi. 
1.4
Bermain Permainan
TV ini ialah skrin besar anda untuk  permainan. Cukup
besar untuk berdua.
Anda boleh bermain permainan daripada Konsol
Permainan yang disambungkan, permainan daripada
Aplikasi yang dipasang atau hanya permainan dalam
talian pada laman web. Anda boleh menetapkan TV
kepada tetapan paling sesuai untuk permainan, untuk
membolehkan tindakan yang cepat dan peka. Jika
anda bermain permainan berbilang pemain dengan
skrin terpisah, anda boleh menetapkan TV untuk
menunjukkan setiap skrin sebagai skrin penuh pada
masa yang sama. Setiap pemain boleh fokus
terhadap permainan mereka sendiri untuk dimainkan.
4