Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
* Tersedia secara berasingan.
1.11
Ambilight + Hue
Ambilight TV anda
Teknologi Ambilight unik Philips yang bukan sekadar
biasa. Ia bukan sahaja menjadikan skrin anda
kelihatan lebih lebar, tetapi juga menjadikan
pengalaman tontonan anda lebih mengasyikkan
dengan menayangkan cahaya lebih lebar dari
bahagian sisi skrin TV anda ke dinding sekeliling.
Warna, semangat dan keseronokan adalah lebih
daripada yang dipaparkan pada skrin dan ke dalam
ruang tamu anda, membawa bersama-sama
pengalaman tontonan yang lebih mengujakan, hebat
dan mengasyikkan.
Ambilight  +  Hue
Penuhkan ruang dan kehidupan anda dengan
keindahan Ambilight. Ambilight + hue* membolehkan
anda meluaskan pengalaman Ambilight di seluruh
bilik anda.
Dengan  Ambilight+hue anda meluaskan lagi
pengalaman Ambilight. Membawakan mentol dikawal
wayarles  Philips Hue*. Semuanya disediakan untuk
memenuhi bilik anda dengan warna sepadan seperti
yang dipaparkan pada TV.
Ambilight TV dan mentol lampu hue anda saling
‘bercakap’ secara wayarles, mengelilingi anda dengan
emosi, kuasa dan warna Ambilight.
*Kit Hue tersedia secara berasingan.
1.12
Sambungan Bluetooth
TV anda mempunyai teknologi  Bluetooth di
dalamnya.
Anda boleh menyambungkan pembesar suara
wayarles atau fon kepala wayarles tambahan.
Lupakan kabel penyambung, memasang peranti anda
dengan TV adalah mencukupi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
dalam  Bantuan, tekan kekunci warna 
 Kata
Kunci dan cari  Bluetooth atau  Pembesar Suara
Wayarles.
6