Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
14
Sumber
14.1
Beralih kepada peranti
Daripada senarai Sumber, anda boleh beralih ke
mana-mana peranti yang disambungkan. Anda boleh
bertukar kepada penala untuk menonton TV,
membuka kandungan Pemacu Keras USB yang
disambungkan atau melihat rakaman yang anda buat
pada Pemacu Keras USB yang disambungkan. Anda
boleh bertukar kepada peranti disambungkan anda
untuk menonton programnya, penerima digital atau
pemain Cakera Blu-ray. 
Untuk beralih ke peranti disambungkan…
1 -  Tekan 
 SOURCES  untuk membuka menu
Sumber.
2 -  Pilih salah satu item dalam senarai sumber dan
tekan  OK. TV akan menunjukkan program atau
kandungan peranti.
3 -  Tekan 
  SOURCES sekali lagi untuk menutup
menu.
Main Satu Sentuhan
 
 
Dengan TV dalam keadaan tunggu sedia, anda boleh
menghidupkan pemain cakera dengan alat kawalah
jauh TV anda.
Untuk menghidupkan kedua-dua pemain cakera dan
TV daripada keadaan tunggu sedia dan mula
memainkan cakera serta-merta, tekan 
 (main)
pada alat kawalan jauh TV. Peranti perlu
disambungkan dengan kabel HDMI dan HDMI CEC
bagi kedua-dua TV dan peranti perlu dihidupkan.
14.2
Pilihan untuk Input TV
Beberapa peranti input TV menawarkan tetapan
khusus.
Untuk menetapkan pilihan untuk input TV khusus…
1 -  Tekan 
 SOURCES .
2 -  Pilih input TV dalam senarai dan tekan  OK.
3 -  Tekan 
 OPTIONS . Anda boleh menetapkan
pilihan untuk input TV yang dipilih di sini.
4 -  Tekan 
  OPTIONS sekali lagi untuk menutup
menu Pilihan. 
Pilihan berkemungkinan…
Kawalan
 
 
Dengan pilihan ini, anda boleh mengendalikan
peranti yang disambungkan dengan alat kawalan
jauh TV. Peranti perlu disambungkan dengan kabel
HDMI dan HDMI CEC bagi kedua-dua TV dan peranti
perlu dihidupkan.
Maklumat Peranti
 
 
Buka pilihan ini untuk melihat maklumat pada peranti
yang disambungkan.
14.3
Nama dan Jenis Peranti
Apabila anda menyambungkan peranti baharu
kepada TV dan TV mengesan peranti tersebut, anda
boleh menetapkan ikon yang sepadan dengan jenis
peranti. Jika anda menyambungkan peranti dengan
kabel HDMI dan HDMI CEC, TV mengesan peranti
secara automatik dan peranti akan mendapatkan ikon
yang sesuai.
Jenis peranti menentukan gaya gambar dan bunyi,
nilai resolusi, tetapan tertentu atau kedudukan di
dalam menu Sumber. Anda tidak perlu risau tentang
tetapan yang sesuai.
Namakan Semula atau Tukar Jenis
 
 
Anda sentiasa boleh menukar nama atau menukar
jenis peranti yang disambungkan. Cari ikon 
 di
sebelah kanan nama peranti dalam menu Sumber.
Sesetengah sumber input TV tidak membenarkan
penukaran nama.
Untuk menukar jenis peranti…
1 -  Pilih peranti dalam menu Sumber.
2 -  Tekan 
 (kanan) untuk memilih ikon   dan
tekan  OK.
3 -  Tekan 
  BACK untuk menyembunyikan papan
kekunci pada skrin.
4 -  Tekan 
 (bawah) untuk mencari semua jenis
peranti yang tersedia. Pilih jenis yang anda mahu dan
tekan  OK.
5 -  Jika anda mahu menetapkan semula jenis peranti
kepada jenis penyambung asal, pilih  Tetapkan
Semula dan tekan  OK.
6 -  Pilih  Tutup dan tekan  OK untuk menutup
menu ini. 
Untuk menukar nama peranti…
1 -  Pilih peranti dalam menu Sumber.
2 -  Tekan 
 (kanan) untuk memilih ikon   dan
tekan  OK.
3 -  Tekan 
  BACK untuk menyembunyikan papan
kekunci pada skrin.
4 -  Gunakan papan kekunci di bahagian belakang
alat kawalan jauh untuk memadam nama semasa dan
memasukkan nama baharu.
5 -  Jika anda mahu menetapkan semula nama
peranti kepada nama penyambung asal,
pilih  Tetapkan Semula dan tekan  OK.
6 -  Pilih  Tutup dan tekan  OK untuk menutup
menu ini.
51