Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
14.4
Permainan atau Komputer
Jenis peranti menentukan gaya gambar dan bunyi,
nilai resolusi dan butiran lain. Anda tidak perlu risau
tentang tetapan yang sesuai.
Jenis peranti tidak begitu jelas untuk sesetengah
peranti. Konsol permainan boleh mempunyai pemain
Cakera Blu-ray terbina dalam dan jenis tersebut
ditetapkan kepada Pemain kerana ia digunakan
sebagai pemain cakera pada kebanyakan masa.
Untuk peranti jenis ini, anda boleh bertukar kepada
tetapan ideal buat sementara untuk permainan.
Selain daripada itu, tukar kepada tetapan ideal untuk
komputer yang disambungkan.
Anda hanya boleh menggunakan tetapan  Permainan
atau Komputer apabila anda menukar kepada
peranti disambungkan dalam menu Sumber. Tetapan
Permainan atau Komputer disimpan untuk peranti
yang dipilih.
Untuk bertukar kepada tetapan yang sesuai untuk
permainan atau komputer secara manual…
1 -  Tekan 
  SETTINGS, pilih  Semua Tetapan dan
tekan  OK.
2 -  Pilih  Gambar >  Lanjutan dan tekan  OK.
3 -  Pilih  Permainan,  Komputer atau  Mati.
4 -  Tekan 
 (kiri) untuk kembali satu langkah atau
tekan 
 BACK untuk menutup menu. 
Jangan lupa untuk menetapkan tetapan ini kembali
kepada  Mati apabila anda berhenti bermain
permainan.
14.5
Imbas Semula Sambungan
Anda boleh mengimbas semula semua sambungan
TV untuk mengemas kini menu Sumber dengan
peranti yang disambungkan baru-baru ini.
Untuk mengimbas semula sambungan…
1 -  Tekan 
 SOURCES  untuk membuka menu
Sumber.
2 -  Tekan 
 (atas) untuk memilih ikon   di
bahagian kanan atas menu Sumber.
3 -  Tekan  OK untuk mula mengimbas sambungan.
Peranti yang baharu disambungkan akan ditambah ke
menu Sumber.
52