Philips 40PFT6550/12 Manuel D’Utilisation

Page de 116
Permainan
Dengan Permainan Google Play, anda boleh
memainkan permainan pada TV. Dalam talian atau
luar talian.
Anda boleh melihat permainan yang rakan anda
sedang main atau anda boleh menyertai permainan
dan bersaing. Anda boleh menjejaki pencapaian anda
atau memulakan di tempat anda berhenti.
Apa Yang Anda Perlukan
 
• TV anda perlu disambungkan ke Internet
• anda perlu mendaftar masuk dengan Akaun Google
anda pada TV 
• tambah kad kredit ke Akaun Google anda untuk
membeli permainan baharu 
Mulakan aplikasi Permainan Google Play untuk
memilih dan memasang aplikasi permainan baharu
pada TV anda. Sesetengah permainan adalah
percuma. Mesej kelihatan jika permainan tertentu
memerlukan pad permainan untuk bermain
permainan.
Untuk memulakan atau menghentikan Permainan
Google Play…
1 -  Tekan 
  HOME.
2 -  Tatal ke bawah dan pilih 
 Aplikasi  > Permainan
Google Play dan tekan OK.
3 -  Pilih permainan untuk bermain atau pilih
permainan baharu untuk dipasang dan tekan OK.
4 -  Apabila selesai, tekan 
  BACK berulang kali
atau tekan 
  EXIT atau hentikan aplikasi dengan
butang keluar/berhenti yang tersendiri. 
Permainan yang anda pasang akan kelihatan dalam
baris 
 Permainan  dalam menu Utama juga
Beberapa produk dan ciri Google Play tidak tersedia
di semua negara.
Cari maklumat lanjut di support.google.com/androidtv
Gedung Google Play
Anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi
baharu daripada Gedung Google Play. Sesetengah
aplikasi adalah percuma.
Apa Yang Anda Perlukan
 
• TV anda perlu disambungkan ke Internet
• anda perlu mendaftar masuk dengan Akaun Google
anda pada TV
• tambah kad kredit ke Akaun Google anda untuk
membeli aplikasi 
Untuk memasang aplikasi baharu…
1 -  Tekan 
  HOME.
2 -  Tatal ke bawah dan pilih 
 Aplikasi  > Gedung
Google Play dan tekan OK.
3 -  Pilih aplikasi yang anda mahu pasang dan tekan 
OK.
4 -  Untuk menutup Gedung Google Play,
tekan 
  BACK berulang kali atau tekan    EXIT.
Penapisan Kandungan (Kawalan ibu bapa)
 
 
Dalam Gedung Google Play, anda boleh
menyembunyikan aplikasi mengikut kematangan
pengguna/pembeli. Anda perlu memasukkan kod PIN
bagi memilih atau menukar tahap kematangan.
Untuk menetapkan kawalan ibu bapa…
1 -  Tekan 
  HOME.
2 -  Tatal ke bawah dan pilih 
 Aplikasi  > Gedung
Google Play dan tekan OK.
3 -  Pilih Tetapan > Penapisan Kandungan dan tekan
OK.
4 -  Pilih tahap kematangan yang anda mahu.
5 -  Masukkan kod PIN mengikut permintaan.
6 -  Untuk menutup Gedung Google Play,
tekan 
  BACK berulang kali atau tekan    EXIT. 
Beberapa produk dan ciri Google Play tidak tersedia
di semua negara.
Cari maklumat lanjut
di  support.google.com/androidtv
Pembayaran
Untuk membuat pembayaran bagi Google Play pada
TV, anda perlu menambah bentuk pembayaran - kad
kredit (luar dari Amerika Syarikat) - ke Akaun Google
anda. Apabila anda membeli filem atau rancangan
TV, anda akan dicaj pada kad kredit ini.
Untuk menambah kad kredit …
1 -  Pada komputer anda, pergi ke 
accounts.google.com dan daftar masuk dengan
Akaun Google yang anda akan gunakan dengan
Google Play pada TV.
2 -  Pergi ke wallet.google.com untuk menambah kad
ke Akaun Google anda.
3 -  Masukkan data kad kredit anda dan terima terma
dan syarat.
15.3
Galeri Aplikasi
Sambungkan TV ke Internet untuk menikmati aplikasi
yang dipilih oleh Philips. Aplikasi ini dibuat khas untuk
TV.  Galeri Aplikasi Philips menawarkan pelbagai
jenis aplikasi. Untuk sesetengah negara, anda boleh
memasang aplikasi gedung Video tempatan atau
aplikasi daripada penyiar TV dalam negara
anda. Penyiar boleh menawarkan perkhidmatan TV
Ulangan. Memuat turun dan memasang aplikasi Galeri
Aplikasi adalah percuma.
Koleksi aplikasi Galeri Aplikasi Philips boleh berbeza-
54