LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
21
20
Kekunci Kuasa/
Kunci
Menghidupkan/mematikan telefon anda dengan 
menekan dan menahan kekunci ini.
Tekan sebentar untuk hidup/matikan skrin.
Kekunci Volum
Semasa skrin dalam keadaan mati:
Tekan 
Kekunci Volum Naik dua kali untuk 
melancarkan QuickMemo+.
Tekan 
Kekunci Volum Ke Bawah dua kali untuk 
melancarkan Kamera dan mengambil gambar.
Pada Skrin utama:
Kawal volum pendering.
Semasa panggilan:
Kawal volum alat cuping telinga semasa 
memainkan audio/video.
Mengawal volum secara berterusan.
 NOTA : Sensor Dekat 
Semasa menerima dan membuat panggilan, sensor kedekatan akan mematikan 
lampu latar secara automatik dan mengunci skrin sentuh dengan mengesan 
apabila telefon berada berdekatan dengan telinga anda. Ini akan memanjangkan 
hayat bateri dan mengelakkan pad kekunci sentuh daripada diaktifkan tanpa 
sengaja semasa panggilan.
 
AMARAN
Meletakkan objek berat di atas telefon atau duduk di atasnya akan merosakkan 
paparan dan fungsi skrin sentuhnya. Jangan tutup sensor dekat dengan 
pelindung skrin atau lain-lain jenis filem pelindung. Ini boleh menyebabkan 
sensor gagal berfungsi.
Menghidupkan dan Mematikan Telefon 
Anda
Menghidupkan telefon anda
Tekan dan tahan 
Kekunci Kuasa/Kunci pada bahagian belakang telefon 
selama beberapa saat sehingga skrin dihidupkan.
Mematikan telefon anda
1  
Tekan dan tahan 
Kekunci Kuasa/Kunci pada bahagian belakang telefon 
sehingga menu pilihan Telefon muncul.
2  
Ketik 
Matikan kuasa dalam menu pilihan Telefon.
3  
Ketik 
PILIH untuk mengesahkan bahawa anda ingin mematikan telefon.
Memasangkan kad SIM Nano 
Masukkan kad SIM Nano yang diberikan oleh pembekal perkhidmatan telefon 
mudah alih.
 
AMARAN
Jangan masukkan kad memori ke dalam slot kad SIM Nano. Jika kad memori 
telah dimasukkan ke dalam slot kad SIM Nano, bawa peranti ke Pusat 
Perkhidmatan LG untuk mengeluarkan kad memori.
1  
Masukkan alat mengeluarkan dulang SIM Nano yang disertakan 
bersama telefon (atau pin halus) ke dalam apertur butang keluar dan 
tekan dengan perlahan-lahan sehingga dulang tersebut terkeluar.