LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
23
22
 NOTA 
Butang keluar adalah apertur bulat kecil di bawah pintu dulang. 
2  
Tarik dulang kad SIM Nano. 
3  
Letakkan kad SIIM Nano ke dalam dulang (sebagaimana ditunjukkan 
dalam imej di atas). 
4  
Masukkan dulang kad SIM Nano. 
 NOTA 
Matikan telefon sebelum memasukkan atau mengeluarkan kad SIM Nano. 
 
AMARAN
Sentiasa berhati-hati sewaktu mengeluarkan dulang kad SIM Nano. Alat 
mengeluarkan adalah terlalu tajam. 
Mengecas bateri
Caj bateri sebelum menggunakannya buat kali pertama. Gunakan 
pengecas untuk mengecas bateri. Komputer juga boleh digunakan untuk 
mengecas bateri dengan menyambungkan telefon kepada komputer 
menggunakan kabel USB.
 
AMARAN
Hanya gunakan pengecas, bateri dan kabel yang diluluskan LG. Jika anda 
menggunakan pengecas, bateri atau kabel yang tidak diluluskan, ini boleh 
menyebabkan kelewatan pengecasan bateri. Atau ia boleh menyebabkan bateri 
meletup atau merosakkan peranti, di mana ia tidak dilindungi oleh waranti.
Penyambung pengecas terletak di bahagian bawah telefon. Masukkan 
pengecas dan pasang plag pada alur keluar.
Mengoptimumkan hayat bateri
Lanjutkan kuasa bateri anda dengan mematikan ciri yang tidak perlu 
anda jalankan setiap masa di latar belakang. Anda juga boleh memantau 
bagaimana aplikasi dan sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda 
tidak menggunakan Wi-Fi, Bluetooth® atau GPS, matikannya.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih 
pendek.
Matikan penyegerakan automatik bagi Gmail, Kalendar, Kenalan dan 
aplikasi lain.
Sesetengah aplikasi yang anda muat turun mungkin menghabiskan 
kuasa bateri.
Semasa menggunakan aplikasi yang dimuat turun, semak tahap cas 
bateri.