LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
31
30
 NOTA 
Jika anda memasukkan Knock Code yang salah sebanyak 5 kali, anda akan 
dibawa ke log masuk akaun Google/PIN sandaran anda.
Gunakan hujung jari dan bukan kuku jari untuk ketik skrin bagi menghidupkan 
atau mematikannya.
Menyediakan ciri Knock Code
1  
Ketik   >   >   > tab 
Paparan Skrin kunci > Pilih skrin kunci > 
Knock Code.
2  
Ketik petak dalam corak untuk menetapkan Knock Code anda. Corak 
Knock Code anda boleh 3 hingga 8 ketikan.
Membuka kunci skrin menggunakan Knock Code
Anda boleh membuka kunci skrin dengan mengetik corak Knock Code 
yang anda telah tetapkan apabila skrin dimatikan.
Menukar kaedah kunci skrin
Anda boleh menukar cara untuk mengunci skrin bagi menghalang orang 
lain mengakses maklumat peribadi anda.
1  
Ketik   >   >   > tab 
Paparan > Skrin kunci > Pilih skrin kunci
2  
Pilih kunci skrin yang diingini daripada Tiada, Seret, Knock Code, Corak, 
PIN dan Kata laluan.
 NOTA 
Cipta akaun Google sebelum menetapkan corak buka kunci dan ingat PIN 
Sandaran yang anda cipta sewaktu mencipta kunci corak anda.
Smart Lock
Anda boleh menggunakan Kunci Pintar untuk memudahkan membuka 
kunci telefon anda. Anda boleh menetapkannya agar membiarkan telefon 
anda tidak berkunci apabila terdapat peranti Bluetooth yang dipercayai 
disambungkan kepadanya, apabila ia berada di lokasi biasa seperti rumah 
atau pejabat anda, atau apabila ia mengecam wajah anda.
Menyediakan ciri Kunci Pintar
1  
Ketik   >   >   > tab
 Paparan > Skrin kunci > Smart Lock.
2  
Sebelum anda menambah sebarang peranti dipercayai, tempat atau 
wajah yang dipercayai, anda perlu menyediakan kunci skrin (Knock Code, 
Corak, PIN atau Kata laluan).
Skrin utama
Skrin utama adalah titik permulaan untuk banyak aplikasi dan fungsi. 
Ia membolehkan anda menambah item seperti pintasan apl dan widget 
Google untuk memberi anda akses segera kepada maklumat dan aplikasi. 
Ini ialah kanvas lalai dan boleh diakses daripada sebarang menu dengan 
mengetik  .
Mengenali Skrin utama
Bar Status
Ikon Aplikasi
Widget
Penunjuk Lokasi
Kawasan Butang Pantas
Butang Sentuh Utama
1
6
2
3
4
5
1
Bar Status - Memaparkan maklumat status telefon, termasuk masa, 
kekuatan isyarat, status bateri dan ikon pemberitahuan.
2
Widget - Widget ialah aplikasi kendiri yang boleh diakses melalui laci 
Aplikasi atau pada skrin Utama. Tidak seperti pintasan, Widget boleh 
berfungsi sebagai aplikasi pada skrin.
3
Ikon Aplikasi - Ketik ikon (aplikasi, folder, dsb.) untuk membuka dan 
menggunakannya.