LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
Perkara-perkara asas
32
4
Penunjuk Lokasi - Menunjukkan kanvas skrin Utama yang anda 
sedang lihat.
5
Kawasan Butang Pantas - Menyediakan akses satu sentuhan pada 
fungsi dalam mana-mana kanvas skrin Utama.
6
Butang Sentuh Utama
   Butang 
Kembali
Kembali ke skrin sebelumnya. Juga menutup item 
pop timbul seperti menu, kotak dialog dan papan 
kekunci pada skrin. 
   Butang 
Rumah
Kembali ke skrin Utama daripada mana-mana skrin.
  Butang 
Gambaran 
Keseluruhan
Memaparkan aplikasi yang baru digunakan. Jika 
anda sentuh dan tahan butang ini, ia akan membuka 
menu pilihan yang tersedia.
Untuk melihat panel skrin Utama lain
Sistem pengendalian menyediakan berbilang kanvas skrin Utama untuk 
menyediakan lebih banyak ruang untuk menambah ikon, widget dan 
banyak lagi.
Luncurkan jari anda ke kiri atau ke kanan merentasi skrin Utama untuk 
mengakses kanvas tambahan. 
Kembali ke aplikasi yang digunakan baru-baru ini
Berbilang tugas menjadi mudah dengan Android; anda boleh membiarkan 
lebih daripada satu aplikasi berjalan pada masa yang sama. Tidak perlu 
keluar dari aplikasi sebelum membuka yang lain. Gunakan dan beralih 
antara beberapa aplikasi terbuka.
Android menguruskan setiap aplikasi, menghentikan dan memulakannya 
jika perlu untuk memastikan bahawa aplikasi melahu tidak menggunakan 
sumber tanpa ada perlunya.
1  
Ketik  . Senarai aplikasi yang baru digunakan akan dipaparkan.
2  
Ketik aplikasi yang anda hendak akses. Ini tidak akan menghentikan 
aplikasi sebelumnya yang berjalan di latar belakang. Pastikan anda 
mengetik untuk keluar dari aplikasi selepas menggunakannya.
Untuk menutup aplikasi daripada senarai aplikasi yang baru digunakan, 
seret pratonton aplikasi ke kiri atau ke kanan. Untuk mengosongkan 
semua aplikasi, ketik 
Kosongkan semua.
Menyesuaikan Skrin utama
Anda boleh menyesuaikan skrin Utama anda dengan menambahkan 
aplikasi dan widget serta menukar kertas dinding. 
Menambah item pada skrin Utama anda
1  
Sentuh dan tahan bahagian kosong pada Skrin utama. 
2  
Dalam menu Tambah Mod, pilih item yang anda ingin tambah. Kemudian 
anda akan melihat item yang ditambah ini pada skrin Utama.
3  
Seret ia ke lokasi yang dikehendaki dan angkat jari anda.
 NOTA 
Untuk menambahkan ikon aplikasi pada Skrin utama dari skrin Aplikasi, sentuh 
dan tahan aplikasi yang anda ingin tambah.
Mengeluarkan item dari skrin Utama anda
Semasa di Skrin utama, sentuh dan tahan ikon yang anda ingin keluarkan 
> seret ia ke  .
Menambah aplikasi ke Kawasan Butang Pantas
Dari skrin Aplikasi atau pada skrin Utama, sentuh dan tahan ikon aplikasi 
dan seret ia ke Kawasan Butang Pantas. Kemudian lepaskannya di lokasi 
yang dikehendaki.
Mengeluarkan aplikasi dari Kawasan Butang Pantas
Sentuh dan tahan Butang Pantas yang diinginkan dan seret ia ke  .
 NOTA 
Butang Apl   tidak boleh dialihkan.