LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
Perkara-perkara asas
38
Memasukkan aksara khas
Papan kekunci pada skrin membolehkan anda memasukkan aksara khas.
Sebagai contoh, untuk memasukkan "á", sentuh dan tahan butang "a" 
sehingga pop timbul muncul dan memaparkan aksara khas yang berkaitan. 
Tanpa mengangkat jari, seret jari anda ke aksara khas yang dikehendaki. 
Sebaik sahaja ia diserlahkan, angkat jari anda.
 NOTA  
Simbol di sudut atas sebelah kanan kekunci menunjukkan bahawa aksara 
tambahan tersedia untuk kekunci tersebut.
Untuk memisahkan atau menggabungkan papan 
kekunci
Anda boleh memisahkan papan kekunci kepada separuh dengan 
mengembangkan dua jari secara mendatar pada papan kekunci landskap. 
Ini lebih memudahkan untuk menaip menggunakan ibu jari anda. Pastikan 
tetapan Bahagi papan kekunci didayakan untuk menggunakan ciri ini.
Ketik   >   >   > tab 
Umum > Bahasa & input > Papan kekunci 
LG   > Ketinggian dan tataletak papan kekunci > Bahagi Papan 
kekunci.
Memindahkan data antara PC dan 
peranti
Anda boleh menyalin atau mengalihkan data antara PC dan peranti. 
Memindahkan data menggunakan sambungan USB
1  
Sambungkan peranti anda ke PC menggunakan kabel USB yang 
dibekalkan bersama telefon anda.
2  
Buka panel Pemberitahuan, ketik jenis sambungan semasa dan pilih 
Peranti media (MTP).
3  
Tetingkap akan muncul pada PC anda, membenarkan anda 
memindahkan data yang diingini.
 NOTA 
Pemacu Platform Android LG perlu dipasangkan pada PC anda untuk 
membolehkan pengesanan telefon.
Semak keperluan untuk menggunakan 
Peranti media (MTP).
Item
Keperluan
OS
Microsoft Windows XP SP3, Vista atau lebih 
tinggi
Versi Windows Media 
Player
Windows Media Player 10 atau lebih tinggi
Memindahkan data menggunakan sambungan 
wayarles
Anda boleh berkongsi atau mengurus kandungan dari telefon anda pada 
PC melalui Wi-Fi atau data mudah alih menggunakan fungsi 
LG AirDrive.
 NOTA  
Jika anda menggunakan LG AirDrive, sila rujuk bahagian 
LG AirDrive dalam 
Tetapan.