LG H650E Guida Utente

Pagina di 272
Perkara-perkara asas
Perkara-perkara asas
40
LG AirDrive
Membolehkan anda menyambung ke PC untuk mengurus telefon anda. 
Sediakan LG Bridge dari laman web LG Electronics pada PC sebelum 
menggunakannya. Apabila anda mendaftar masuk kepada Akaun LG yang 
sama pada telefon anda dan PC, anda boleh menggunakan fungsi LG 
AirDrive.
1  
Log masuk ke akaun LG yang sama pada peranti mudah alih dan PC.
2  
Pada skrin 
Tetapan, ketik tab Rangkaian > Kongsi & Bersambung > LG 
Bridge >LG AirDrive.
3  
Jalankan aplikasi LG Bridge pada PC anda dan pilih 
LG AirDrive.
LG Bridge
LG Bridge adalah aplikasi yang membantu anda mengurus imej, muzik, 
video, dokumen dll. disimpan pada peranti mudah alih LG dengan mudah 
pada PC anda. Anda juga boleh menyandarkan fail anda seperti kenalan 
dan imej pada PC anda atau mengemas kini perisian peranti mudah alih.
 NOTA 
Anda boleh melihat arahan terperinci tentang cara untuk menggunakan LG 
Bridge dalam menu Bantuan selepas memasang dan membuka program ini. 
Ciri yang disokong mungkin berbeza bergantung pada peranti. 
Pemacu USB disatukan LG adalah program yang diperlukan untuk menyambung 
telefon mudah alih LG ke PC. Ia dipasang secara automatik apabila memasang 
LG Bridge.
Ciri bagi LG Bridge 
Urus kandungan dari telefon anda pada PC melalui Wi-Fi atau data 
mudah alih.
Sandarkan dan pulihkan data peranti mudah alih anda melalui USB.
Kemas kini perisian bagi peranti mudah alih pada PC anda melalui 
USB. 
Untuk memuat turun perisian LG Bridge
1  
Pergi ke www.lg.com.
2  
Ketik butang Carian dan masukkan nama model untuk mencari model.
3  
Pilih maklumat model dan klik 
PERGI.
4  
Tatal ke bawah, pilih tab 
PENYEGERAKAN PC > Windows atau Mac 
OS > MUAT TURUN untuk memuat turun LG Bridge.