LG H650E Guida Utente

Pagina di 311
14
Notis penting
Sila baca maklumat ini sebelum mula menggunakan telefon 
anda!
Sila semak sama ada sebarang masalah telefon yang anda hadapi telah diterangkan
dalam bahagian ini, sebelum anda membawa telefon anda untuk diservis atau
memanggil wakil servis.
1. Memori telefon 
Apabila ruang yang tinggal pada memori telefon anda kurang daripada 10MB, telefon
anda tidak akan dapat menerima mesej yang baru. Anda mungkin perlu memeriksa
memori telefon anda dan memadamkan sebahagian data seperti aplikasi atau mesej,
untuk menjadikan lebih banyak memori tersedia.
Untuk membuang pemasangan aplikasi:
1  
Ketik
>
>
> tab
Umum > Apl.
2  
Selepas semua aplikasi muncul, tatal dan pilih aplikasi yang hendak anda
membuang pemasangan.
3  
Ketik
Buang pemasangan.
2. Mengoptimumkan hayat bateri
Lanjutkan kuasa bateri anda dengan mematikan ciri-ciri yang tidak perlu anda jalankan
setiap masa di latar belakang. Anda juga boleh memantau bagaimana aplikasi dan
sumber sistem menggunakan kuasa bateri.
Memanjangkan hayat bateri anda:
Matikan komunikasi radio jika anda tidak menggunakannya. Jika anda tidak
menggunakan Wi-Fi, Bluetooth atau GPS, matikan ia.
Kurangkan kecerahan skrin dan tetapkan masa tamat skrin yang lebih pendek.
Notis penting